Jadi Pengguna Yang Bijak

Saya nak kongsi pengalaman saya menjadi penjamin kepada kawan yang membeli produk Singer secara ansuran. Kawan saya ni telah membeli produk Singer secara ansuran dan meminta saya jdi penjamin. Saya bersetuju dan telah menerima surat perjanjian dr Singer. Terkejut juga saya sebab tandatangan di bahagian penjamin bukan tandatangan saya. Saya rasa agen yg sign kan sebab saya cuma serah salinan IC kalau x silap.

Anyway, mende dah lepas. Kalau saya sedar dari awal, saya dah maki mereka. Selepas 4 tahun, hutang selesai. Itupun jenuh le, kadang2 datang surat sebab kawan sy tak bayar. Saya cuak juga. Tapi dia bayar akhirnya dah selesai. Kemudian dia minta nak guna nama saya lagi untuk beli produk lain tapi saya tak benarkan. Cukuplah sekali….takut kalau2 kali ni dia betul2 takleh bayar, saya yg naya..

Bila pembayaran telah selesai, saya hubungi Singer untuk tanyakan takde ke surat hitam putih mengatakan hubungan saya dengan Singer dah habis. Mereka suh saya refer pada agen. Bila saya call agen, katanya perkara begitu tak wujud. Mereka tak keluarkan such letter dan customer x penah minta. Saya pun naik angin lah. Ini bukan main2…saya pun tak nampak bukti depan mata mengatakan kawan saya tu dah habis bayar (sy dah lost contact ngan dia) dan dia kata saya bleh percaya cakap dia.

Saya hantar surat aduan kepada ibu pejabat Singer. (www.singer.com.my). Saya tabik pada Customer Service mereka, 30 minit kemudian mereka terus menghubungi saya dan berjanji akan memberikan saya salinan surat selesai pembayaran yang telah diberikan kepada pembeli (kawan saya) itu kepada saya sebagai bukti semua pembelian telah selesai dan saya tidak lagi penjamin kepadanya.

Moral of the story: Apa-apa berkaitan penjaminan, make sure ada hitam putih dan setiap berhubung ngan pegawai berkenaan supaya kita tau samada Si penghutang tu bayar atau tak. Dan bila dah selesai bayaran, pastikan kita dapat surat mengesahkan kita tiada lagi kaitan dengan syarikat itu. Perkara yg sama yg saya lakukan bila saya tutup akaun kad kredit Bank Islam saya. Mereka hantar surat seperti yg saya request. Itupun pada awalnya mereka kata mereka takde prosedur sebegitu. Sebagai pengguna, kita berhak mendapatkannya. Ini penting jika timbul apa2 masalah dimasa hadapan, kita ada bukti yang nyata dan kukuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *