wallamakkk…..

wuhuu….lama gak yek tak update blog. Almaklumlah, sibuk sket bulan ni. Mana nak kejar keje seharian, mengajar lagi, laporan praktikal lagi. Tak menang tangan le..tapi ia lebih baik dari duduk melanguk sahaja. Which I hate most.

Anyway, flashback last weekend. Biasaklah jumaat, sabtu dan ahad aku nye job mcm biasa. Then lepas job kol 1, ada bikin meeting ex-MRSM Terendak batch 93/97 lak. Aku sebagai hos untuk meeting pertama ni. Buat kat opis cousin aku. Biasaklah janji melayu. Janji kol 2, yang muncul Is sorang. Sorang-sorang sampai, dlm kol 3 baru ler leh jalan. Almost 10 years tak jumpa sorang2, ada yang dah kawin. ada yang dah beranak-pinak dah pun. Meeting berlangsung hingga 4.30 membincangkan hal reunion 10 tahun yang bakal berlangsung tahun hadapan. Yalah, walaupun lambat lagi tapi kene mula plan dari sekarang. Semasa meeting telah ditubuhkan jawatankuasa sementara. Thanks to Aweng yang sponsor kek, Ajil yang rajin turun order air. 🙂

Lepas meeting lepak umah cousin sat, anto pakcik dan makcik balik ke umah. Then aku zoom ke opis. Ingat nak lepak opis tapi takut lak sorang2 (lgpun x dibenarkan pun, wahahaha). Gi lepas cybercafe kat bawah opis. Layan surfing barang sejam-dua pastu bersiap gerak ke lokasi seterusnya iaitu di Ampang Sports Planet. Aku nye first futsal game. Nervous gak sebab tak pernah jumpa pun team Bonito ni. Smpi kol 8.05, masih lom start sebab tak cukup korum. Kol 8.30, warm-up dan coach ajar sepak 2 sentuhan dan 1 sentuhan. Disebabkan tahap fitness dibawah paras negatif, tercungap le jugak. Tapi demi semangat, teruskan juga smpi time dribble. Adeh, tang ni fail. Mana nak dribble bola celah kon, mana lagi nak kontrol bola, nak kejar bola yang berlari ke sana ke mari. memang fun habis le, kesian coach muka berkerut aje….hehehe.

Pastu first game. Aku volunteer jadi goal keeper. Bukan sebab malas nak kejar bola. Sebenarnya aku haram tataupun rules futsal. So ingat jadi keeper leh study cara dorang main. Fuhhh, kata masing2 new player. Tapi tgk cara cam pro. Sapa lah nama satu player tu, dia punye jaringan…bergegar gol. Orang sekeliling yg tgk pun bersorak termasuk coach. Cantik, mcm pemain handal. Aku pun takde kasi 1 bola pun bolos. Bukan sebab aku terer jaga goal tapi sebab defend kitorang power. Tu yang bola jarang2 ke kawasan aku. Yang aku nak pecah perut tu first time selamatkan bola, ada ka aku pi baling bola tu kat team member mcm aku baling bola jaring…..aiseh, lupa lah ini bola sepak da….lepas tu tau dah, kene leret bola. Tak berani lagi nak kick. maklumlah newbie….wahahaha, dah semangat pi cari bola ngan glove keeper. Coach kata suh jadi keeper tapi glove mahal lah. Sementara dpt yg murah ni, tadah tangan kosong ajelah…wahahahaha….

oklah, baik aku tido skrg. Kalau tak sok tak bangun. Minggu ni aku cuti 4 hari urus personal project. wahahaha……project apa? nanti-nantilah gua story yekkkk….adiosssss….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *