Alahai Rokok ku….

Di sebuah kedai 24 Jam
Sebuah tong sampah berhadapan kedai
Penutup yang hitam likat
Entah berapa banyak chewing gum yang pernah singgah diatasnya
Entah berapa banyak tenyehan puntung rokok diatasnya
Entah berapa tahun tak dicecahkan sabun
Entah berapa lapis kerajaan kuman diatasnya

Seorang lelaki hensem
Menyisir rambut dengan tangan
Menjepit rokok dicelah bibir
Menyedut hembusan dengan nikmat
Sedalam-dalamnya

Menyepit rokok dicelah jari
Di parking rokok diatas penutup tong sampah
Di parking bahagian rokok yang menjadi tempat singgahan bibirnya
Di atas penutup tong sampah???

Masuk ke kedai membeli sesuatu
Sang rokok terbiar sepi
Raja Kuman mengarahkan askar-askarnya
membawa tangga dan memanjat sang rokok

Lelaki hensem
keluar dari kedai
mengambil semula puntung rokok
yang kemas di parking di atas tong
dan kini kemas di celah bibirnya

Raja Kuman kata
“alahai….sempat hantar 100 askar sahaja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *