Cerita-Ceriti Hari Guru: Berjumpa Guru Lama


Di atas adalah satu keratan akhbar bertarikh 7 Mei 2006 kalau tak silap. Ia mengenai satu seminar pengajaran Bahasa Inggeris yang akan diadakan di Malaysia. Tiada apa yang menarik mengenai seminar itu untuk orang macam sherrina yang bukan mengajar subjek tersebut di sekolah tetapi perkara yang digaris dengan warna merah benar-benar menarik perhatian. Ia mengimbau kenangan 15 tahun lalu.

15 tahun lalu selama 6 bulan sherrina bersekolah di sekolah antarabangsa di Canberra, Australia telah menemukan sherrina dengan Misty Adoniou. Seorang guru berbangsa Greek yang telah mengubah minda dan cara pemikiran sherrina terhadap ilmu dan kehidupan. Banyak yang sherrina pelajari ketika sherrina berusia 11 tahun pada waktu itu. Masa yang begitu singkat dan ilmu yang begitu banyak diperolehi.

Tahun lalu tiba2 teringat nak cuba mencari jejak guru terbabit menggunakan Google. Terjumpa laman web sebuah university dan bertemu dengan maklumat mengenai seorang yang bernama Misty Adoniou dan gambarnya sekali.

Yupp..that’s her. Tak berubah sangat daripada 11 tahun lalu. sherrina cuba menghubunginya melalui email dan Alhamdulillah, berjaya. Sherrina telah bertemu dengan bekas guru yang telah lama dicari. Kami saling berbalas email dan insya’ Allah jika tiada halangan beliau akan turun ke Terengganu hujung bulan ini untuk menghadiri satu seminar di situ. Kebetulan pula time tu cuti sekolah, harap-harap ada le peluang nak ke sana untuk berjumpa dengannya kembali.

Beliau kini bertugas di University of Canberra sebagai lecturer English.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Cerita-Ceriti Hari Guru: Berjumpa Guru Lama”

  1. balqishDESIGN Avatar
    balqishDESIGN

    wow..tak pernah saya terfikir untuk hubungi cikgu lama saya. saya pernah sekolah kat australia jugak, tapi kat sydney. Ms Newell, cikgu kelas yg plg best. anyway, tq info yg best. sudikan la jenguk blog saya tentang tips hiasan dalaman!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *