CERITA CERITI: COUNTDOWN 6 HARI MENJELANG HARI GURU

Sherrina ni bukan cikgu tetap di sesuatu sekolah macam cikgu2 lain disini. profession sherrina juga pendidikan tetapi sherrina buat masa ini bekerja dengan sykt swasta yg membekalkan pelajaran komputer ke institusi2 pendidikan. jadi tugas sherrina adalah pergi meninjau2 sekolah ini bagaimana mereka implemen pelajaran tersebut dan ada juga sekolah yg request supaya sykt hantar cikgu mengajar ke sana. sherrina juga antara salah sorang tenaga pengajar.

dalam 5 hari bekerja, sherrina mengajar di 3 buah tadika yang berbeza, satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah. sehingga ke hari ini, keseluruhan sherrina dah mengajar di hampir 10 buah sekolah/tadika yang berbeza2.

kelebihan ini membolehkan sherrina melihat, mempelajari dan memerhati bagaimana guru menangani karenah murid. dari pemerhatian itu sherrina tafsir, fikir dan huraikan serta kadang2 come out with eksperimen2 utk mencari apakah cara terbaik dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

hari ini sherrina ditugaskan meninjau sebuah sekolah rendah swasta utk melihat progress program disana. disamping itu selepas proses peninjauan, sherrina sendiri ada mengendalikan salah satu aktiviti ko-kurikulum disana. Jadi sepanjang hari ini sherrina merayau2 disekeling sekolah melihat dan menjenguk2 suasana sekolah. sherrina lihat kebanyakkan guru2 mengambil pendekatan marah, jerit, jerkah, ugut dan pelbagai lagi diatas salah laku pelajar, kenakalan pelajar, pelajar bising dll. malah salah satu cikgu mengadu tidak dapat menyampaikan pelajaran yg sykt sherrina bekalkan kerana susah nak kawal murid didalam makmal komputer.

hari ini sherrina minta kebenaran membuat demo mengajar. 20 pelajar tahun 4 masuk ke lab dalam keadaan huru-hara. sherrina kumpulkan di hadapan kelas, mulakan dengan puji-pujian mengenai yg sherrina kunun2nya dgr pelajar kelas itu pintar2 belaka. kemudian sherrina terangkan apa yang akan dilakukan dalam kelas hari ini. instead of letakkan satu budak satu komputer, sherrina suh dorang duduk 2 orang di satu komputer. instruction diberikan dengan terang, diperjelaskan dan diperincikan ala kadar supaya tak terlalu meleret. kemudian minta pelajar bacakan soalan2 di skrin, berikan step2 utk format MS Word document sehingga selesai. dan akhir sekali ajar mereka cara nak save. minta pelajar berikan feedback mengenai aktiviti, soal mereka utk kenalpasti samada mereka faham atau tidak. tak lupa selit2 gurauan dan jokes semasa mengajar.

Alhamdulillah, ngam2 loceng berbunyi tidak ada suara2 mengadu si polan cuit si polan. si anu ejek si anu. takde yang berlegar kesana kemari. ke tandas ke kantin. dan sebagainya.

selepas demo tersebut, sherrina sambung dengan ko kurikulum yg sherrina handle. dan sherrina cuba approach lain iaitu biarkan murid cuba sendiri, buat sendiri. resultnya, ada yg ke tandas, yg bergomol bertumbuk atas lantai, baring dll (ko kurikulum ini juga dilakukan di dalam makmal komputer menggunakan komputer).

selepas mengajar, sambil menunggu enjin kereta panas….sherrina dapat buat kesimpulan:
Pelajar akan nakal jika tidak ada apa yang dibuat, jika guru membebel tak tentu pasal dan sibuk marahkan si polan dan si anu yang ejek2 dan cuit2 orang. Tetapi jika pelajar disibukkan dengan pelbagai tugas tanpa henti selama 1 jam…..insya’ Allah target dapat dicapai. 1 jam tersebut tidak sempat mereka nak cuit dan ejek2. Puas hati juga kerana dapat buktikan yg budak2 tu yg selama ini asik diherdik dan ditempik sebenarnya boleh dibentuk dan boleh disuruh buat kerja.

I guess guru kene buat pelbagai eksperimen utk melihat approach yg bagaimana sesuai dengan sesuatu keadaan. Sekian sahaja coretan sherrina mengenai pengalaman hari ini di sekolah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *