Cerita Beluncas

Ini ialah gambar-gambar seekor ulat beluncas yang diberi peluang memamah rezeki di pokok rambutan ayah aku. Hasilnya, seekor ulat yang gemuk dan menyelerakan (bagi haiwan yang memakannya). Dah beberapa hari aku memerhatikan pergerakkannya. Kali ni baru berpeluang mengambil gambar sebab hari ni aku balik umah sebelum matahari terbenam dan hari ni ulat ni lepak di daun biasa yang terjuntai di luar pagar di waktu petang (aku usha belah pagi dia dah merewang ke tempat lain).

Ulat ni akan bertukar jadi kepompong dan akhirnya akan jadi rama-rama kan? kalaulah aku dapat saksikan setiap pergerakkan ketika rama-rama tu lahir, alangkah bestnya….

geramnya tgk badan ulat beluncas ni yang debab-debab..rasa nak kerat-kerat aje tengok apa ghupanya isi ulat ni…hihihihi….goreng pon sodap!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *