BERJUMPA KAWAN LAMA

Menjadi orang yang pelupa bukan mudah. Apatah lagi bila disapa dikhalayak ramai. Penah sekali aku ditegur oleh seseorang di masjid KLCC. Katanya dia junior aku masa di MRSM. Aku just angguk dan sembang2 lebih kurang kemudian meminta diri. Aku bukan berlagak sombong cuma aku jenuh memerah otak memikirkan siapa orang itu dan batch yang mana dia. Disebabkan aku ni pelupa sangat (especially kalau terjumpa dengan orang yg dah lama2 sgt tak jumpa), aku selalu akan ingatkan satu perkara mengenai orang itu yg aku cam sgt. Misalnya tahi lalat di muka ke, muka chinese/indian look ke dll. Ini membantu aku recall memory dengan lebih pantas.

Semalam aku berjanji berjumpa dengan seorang kenalan yg lama dah aku kenal di forum internet tapi aku just penah jumpa dia sekali aje. itupun sebab dia jemput ke majlis kesyukuran sebab dia nak gi oversea. Oleh kerana mamat ni mempunyai style rambut yg sgt2 pelik (aku rasa seumur hidup aku dia ngan Alleycats aje yg aku penah jumpa rambut mcm tu), aku jadikan itu satu feature utk aku membantu mengenali dia. Aku janji nak jumpa dia sebab nak mintak pertolongan dia ajar aku Dreamweaver utk thesis aku ni.

Janji di satu tempat di satu pagi. Aku melilau kiri kanan mencari orang berambut begitu. Aku yakin takde org lain kat kawasan tu yg berambut macam tu. Tiba2 ada org sapa, tak kenal pula tu. Dia memperkenalkan diri dia. Aiseh, sudah tukar ka?? Rambutnya dah diluruskan dan disisir rapi. Nampak elok sikit. Hilang dah satu trademark dia yg aku ingat sgt2. Lama tak jumpa, dah besar pun budak tu. Dah bekerja dan berkereta hebat pun.

Terima kasih le pada mamat BMW bumbung terbukak yang bantu ajar aku Dreamweaver dan belanja makan MacD (ceh, poyo aje. Aritu iyo2 suh aku blanje). Lain kali bleh tumpang kete ko lagi tapi taknak bukak bumbung lah, takut taik burung masuk. hahahaha……..


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *