Post ID: 341

ROBOTIC TRAINING

Baru-baru ni berpeluang menghadiri training untuk robotic di sebuah syarikat. Datang dengan kosong ilmu mengenai robotik, bila balik rasa berat kepala. Terpegun dengan teknologi robotik yang boleh dihasilkan oleh sekotak permainan Lego. Bila menonton tayangan video pemain2 robotik lain dari pelbagai sekolah diseluruh negara yang menyertai pertandingan2 robotik didalam dan diluar negara, terasa betapa ceteknya ilmu. Banyak yang perlu dipelajari.

Masa yang diambil untuk seorang newbie membina robot ini ialah 2 jam. Fuhh, lama giler. Robot yg ni kira sempoi abis, menggunakan RCX controller (box kuning), 2 motor, sensor cahaya dan sensor sentuhan.

Dengan menggunakan software yg dipanggil RoboLab, kita boleh programkan robot ni untuk macam-macam task. Antaranya ialah bergerak diatas garisan hitam sahaja (light sensor akan digunakan) dan berundur apabila tersentuh objek lain (touch sensor). Programnya senang digunakan, hanya touch and drag tetapi yang peningnya ialah untuk memikirkan jalan kerjanya. Fuh, mencabar sungguh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *