Trip To Medan: Day 1

Medan

Trip To Medan: Day 1 – Departure And Arrival

 

Malam sebelum bertolak ke Medan, aku and Wana tido kat umah member di Cheras kerana kitorang bertiga akan bertolak ke KLIA sama2. Aku berbekalkan 1 luggage yg sudahpun separa berat dan satu backpack, berkampung di rumah Mas. Malam tu Apek and Nerul datang ke umah berbincang mengenai plan terbaik nak ke KLIA. Awin yg masih dok berdating di saat2 akhir, call and bagitau yang adiknya akan hantar dengan kete. Jimat duit takyah naik ERL (hulur le sket utk minyak kete)

Kunun taknak tido, last2 lelap gak sampai kol 5 pagi. Bangun, aiseh…air tadak beb. Tangki utama dicuci. Mandi koboi ajelah, pakai air spare. Lepas mandi dan bersiap, check barang2 semua cukup. Naik kete Mas, sarapan pagi di kedai mamak berdekatan. Lenggang beb, yelah kol 6 pagi. Mana ada org lagi. Tak berani pekena roti canai, takut dlm plane nanti sakit perut. Takat teh kosong ngan roti bakar aje. Then kitorang gerak ke rumah family Mas tak jauh dari situ. Park kete sambil menunggu Awin dan adiknya.

Jam 7.15 pagi, seekor Kenari sampai bersama dua manusia didalamnya. Jenuh gak nak susun 3 luggage dlm kete tu (mujur Nerul amik luggage aku dulu mlm tadi utk disimpan dalam kete Apek)but berjaya jugak. Bertolak menuju Kesas highway dan berkumpul di stesen minyak Mobil yang ada MacD tu. Aku join kete Apek and adiknya. Awin, Mas, Wana and adik awin dlm kete Kenari. Keadaan jalan clear, cuaca pun cun.

Sampai di KLIA jam 8.30am, terus check-in, beratur cop passport punye le lama. lepas settle semua, luggage pun dah jalan….kitorang chow ke Burger King. Sarapan pagi bagi mereka yg tak sarapan. Tak sempat nak kunyah, depa dah panggil suh naik Aerotrain. First time naik menatang ni, last naik plane gi Kota Bharu I think masa tu naik kat Subang lagi kot.

Aiseh, samada seat plane makin kecik atau aku yang makin beso. Ngam2 aje, tu pun lutut pedih bertemu kerusi depan. Lepas take off, depa serve food. Biasaklah, ada steward yang akan ajar cara2 pakai mask, jaket and etc. Sure bera aje muka kalau most penumpang buat donno aje kat depa. But aku concentrate lah, coz the guy is cute. hehe…

Makan, depa serve ntah amende lah. dua potong sandwich bodo2 besar jari telunjuk+jari hantu, kek pisang kecik, kopi suku cawan ngan jus oren. Ni lah, duit juta2 abis beli painting bodoh…passenger dapat le makanan mcm ni. Macam ciss!

45 minutes later, sampai kat airport Polinia. tu pun delay bout 20 minutes sebab plane kene beratur masa nak take off dari KLIA. Turun dari plane, ada bas kecik menunggu. Naik bas ke terminal. Ada security staff and a dog yang menyambut kedatangan kitorang (eh, tadak ka bunga manggar ka….kompang2 ka?). Masuk aje terminal, pegawai sana serbu kat kitorang. Rupanya kitorang bedal aje naik bas, tak bagi arrival card. Cehh, mana le teman tahu. Isi kat situ gak, pastu lalu kat exit dan keluar amik beg. Ada le few men in green shirt nak amikkan beg tu but kitorang refused coz service tu kene bayo. Staff kepada ayah member gua tunggu dan bawak kitorang naik ketenya, Toyota Fortuner.

Sambung besok daa…mata dah ngantuk. Pics? Sok aaa…..baru sampai mana ada snap gambo. hehe….

Sambungan: Tiba Di Medan

Medan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *