Post ID: 319

POLIS PUNYA HAL

Smalam sambil pekena satay free (jiran bagi, terima kasih), sherrina dok sembang2 ngan mak sherrina pasal kes polis yg suh budak cina tu bogel sambil ketuk ketampi (ni le akibat banyak sgt tgk citer P.Ramlee), mak sherrina citer le pasal bebaru ni gi ziarah jiran lama (masa dulu2 dok tmn bunga raya) yang penah jaga sherrina masa sherrina kecik2 dulu (tu yg masa kecik bulat, jiran ni suap sherrina makan nasi gaul ngan ghee….hihi, tapi sedap)

Aunty ni dok kat Gombak skarang. Area tak jauh dari Greenwood. Katanya la ni dia dok stressful sangat. Pikirkan keselamatan anak2 nya (semua dah beso panjang, paling kecik pon lepas SPM) sebab asik dok diperambat dek polis. Katanya kat area sana, Polis guna macam2 tektik nak kacau kehidupan mereka. Penah sekali tu anaknya lepak ngan member2 kat tepi jalan. Polis lalu dan berenti kat depa. Polis kata depa suspek budak2 ni ada simpan dadah dalam poket dan minta nak periksa poket mereka.

Budak2 ni pun hangguk ajelah lalu hulur poket mereka. Lepak diseluk dek polis2 ni, polis ni kata depa bawak dadah, sambil menunjukkan jari2 mereka yg tersisa dadah. terkejut budak2 ni, polis tu mintak duit kalau taknak kes ni dibawa ke balai. kalau naik, confirm kantoi. so polis ni gi le umah2 budak ni kutip duit.

Rupanya taktik polis yg kotor ni ialah dorang awal2 lagi celup jari dorang dalam dadah dan bila dorang approach budak2 ni, dorang seluk poket tu. Confirm le kantoi coz dadah tu dah memang tersisa kat jari2 dorang even before dorang seluk poket budak2 tu. Ini le salah satu cara polis carik duit.

Hari2 kita dengar, kita baca kisah perlakuan buruk polis yang sepatutnya menjadi contoh yang sepatutnya membela rakyat. Sampai sherrina dok pikir, masih adakah polis yg benar2 polis sejati dalam erti kata yang sebenarnya di Malaysia yang permai dan bertuah ini? Korang kenal mana2 polis yang masih genuine polis? Teringin beno aku nak kenal. Kot2 masih ada baka2 yg suci dan asli ni di Malaysia nih…..

Moralnya, hati2 le bila berdepan dengan polis dan jangan melakukan sesuatu yang membolehkan mereka mendapat alasan untuk menahan, menyiasat atau approach anda.

Tips: Kalau Polis minta nak check poket, cepat2 keluarkan segala isi perut poket anda dan tunjukkan poket anda kosong (keluarkan kain poket tu) supaya takde alasan dorang nak kata anda bawa dadah ke atau apa2. Kalau anda tau apa2 taktik untuk melindungi diri daripada dianiaya polis (ataupun polis tiruan, yang menyamar jadi polis), mari share disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *