Post ID: 310

MAIN MERCUN

bila tiba musim raya, selain kuih dan baju baru, mercun dan bunga api adalah antara perkara menarik yang boleh dicari dimusin hari raya. Kalau masa sherrina kecik2 dulu, mende nie memang tidak boleh tidak….mesti ada. kena plak dulu bila beraya semua akan berkumpul di kampung di Gombak. Kawasannya luas, depan umah aje dah besar padang. Pakcik sherrina pulak selalu beli bunga api dan mercun sampai sekotak. sakan le kitorang main. adik sherrina yg lelaki tu memang pakar mercun. kalau takat mercun roket tu, selamba aje taruk dlm botol yg ditanam dalam tanah. kadang2 tu siap berlawan dengan kampung sebelah. hampir semua jenis mercun sherrina penah tengok dan try. cuma meriam buluh aje tak penah tengok depan mata dan try sendiri sebab takde sapa nak buat dan ajar.
bila umah kampung tu dirobohkan untuk ditambak tanahnya (untuk elakkan banjir), 3,4 tahun kebelakangan nie beraya di kawasan perumahan le. masing2 pon malas nak bersakan dengan mercun dan bunga api. satu, sebab masing2 dah besar panjang. so bunga api ni tak le begitu excited. kedua, kawasan tak begitu mengizinkan.
tahun nie beza sket. walaupun tak havoc macam sebelum2 nya, at least ada juga orang yang sudi menaja mercun untuk tahun ni. cuma kali ni mercun yang paling besar sherrina penah tengok dan paling kuat bunyinya. Namanya tatau….
How did my cousin’s husband get this bomb? I dunno. I heard my brother said that this thing cost RM15 each. Mak aihhh, brape bungkus nasi ayam boleh dibeli dengan RM15!!!

memandangkan takde tempat yang sesuai untuk pacak mende ni, terpaksa le gunakan tong sampah (sampai hitam2 tong sampah ni dibuatnya)
“ko cover jalanraya. kalau ada kete nak lalu, bagitau. ko plak jaga penonton2 yg ramai kat tangga tu. kang ada yang pegang mercun ni terbang ke langit kang!!”, kata otai baju biru.
Mula2, susun sampah ni elok2. kasi mampat.
susun mercun nie elok2. kang buatnye tak terbang dan meletup kat sini….masak kita!
“bang, kita tembak biar cecah pucuk KLCC tu hah”
Hasilnya: lihatlah video dibawah…..

Click here to watch ‘Main-Mercun’

p/s: gambar2 pemain terpaksa dihasilkan dengan kualiti rendah untuk melindungi identiti pemain2 mercun. Harap maklum. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *