Post ID: 298

BERBUKA PUASA DI KELANA SEAFOOD
Semalam havoc habis berbuka puasa di Kelana Seafood Bandar Tasik Permaisuri (aiseh, aku silap pi booking kat Kelana Seafood Kelana Jaya daa..mujur kat BTP ada meja kosong lagi). Yang turut serta kali ni adalah aku, Mas, Wana, Nadia, Awin, Nerul, Mie ngan Radzi. Sampai di Kelana kol 6.45, kol 7 orang dah berbaris dah menceduk lauk. Dengan harga buffet RM35++ (bout RM43 nett kalau tak silap), kira berbaloi le melihatkan meja kitorang yg paling penuh lauk. Sampai si Radzi melawak nak sambung 2 meja. Cess….

Nerul, Mie ngan Radzi yang malu2 kambing melihat makanan yang mencecah hujung meja.

Awin dan Nadia melantik diri sendiri menjadi tukang menghidang lauk. Aku sound awal2, tak abis karang bayar le dendanya. Kene denda woo kalau sengaja membazirkan lauk. Aku sempat turun ke kawasan gerai2 yg menyediakan BBQ dan satey. Sempat amik ketam bakar dan kambing panggang (sedap giler kambing panggang).

Ketam panggang…..jenuh nak ketuk ngan penukul ketam

Udang yang sedap, sambalnya sedap hingga menjilat jari.

Inilah hasilnya setelah melantak habis-habisan

Selepas melincinkan semua lauk yang terhidang, kami tibai dessert plak. Fuhh, sedapnya ABC sindiri bikin. Mujur tak cedok jagung tu semangkuk, ingatkan bubur jagung. Rupanya lauk utk ABC….

Bakal2 jejaka Mencari Cinta musim kedua (kalau ada lagi le)

Bangkrap Kelana Seafood kalau hari2 muka nie yang datang makan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *