KUDA BELANG PUNYA CERITA
Satu hari yang sudah berlalu, aku mengajar student2 darjah 4 mengenai salah satu topik dalam Sains iaitu mengenai bagaimana haiwan melindungi dirinya. Aku bercerita mengenai bagaimana cicak akan memutuskan ekornya apabila diserang musuh. Aku ceritakan bagaimana ayam akan menyorokkan anak-anaknya dibawah kepak dan membuat wajah dan bunyi garang untuk menakutkan musuh. Aku juga berkongsi pengalaman melihat katak yang boleh melakukan teknik ‘camouflage’ kerana rupabentuknya seakan-akan daun kering.

Selepas penat bercerita, memasing pun mula sibuk bertanya pelbagai soalan. Aku cuba menjawab satu demi satu. Kemudian, aku pulak tanye dorang. “Berikan satu contoh haiwan dan bagaimana ia melindungi dirinya daripada musuh”

Dengan penuh confident, seorang student aku namanya Faizrin pun mengangkat tangan untuk menjawab…”Kuda belang, cikgu” Aku kata, “bagus. Boleh ceritakan bagaimana kuda belang melindungi dirinya daripada musuh?”

Dengan macho, dia menjawab, “Senang je, cikgu. Kuda tu sembunyi le kat dinding yang ada belang-belang. Tentu haiwan lain tak nampak dia sebab kulit dia dah sama ngan dinding tu!!” ….aku terlalu terkesima dengan jawapannya lalu aku kata, “kat mana pulak kuda belang tu nak carik dinding dalam hutan Afrika nun….!!!”

Dengan malu-malu cipan, dia cuma mampu mengatakan “ohhh…kat sana takde dinding ye, cikgu!!” Berdekah-dekah kitorang ketawakannya…….alahai studentku…..!!!

Dan hari ini student aku yang Darjah 5 pulak melawak dengan mengatakan buah kelapa menggunakan haiwan sebagai agen pencarannya (untuk menyebarkan benih) iaitu apabila buaya menelan buah kelapa itu dan membawanya ke tempat lain!!!

Aku tak konfiden budak2 ni layak amik UPSR tahun depan……..(pengsan)


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *