Post ID: 282

AQUARIA @ KL CONVENTION CENTRE

Pagi ni bangun kol 8. Bukan nak gi ke Putrajaya untuk melihat perarakan (ishh, dah lama tak tgk perarakan sempena kemerdekaan) tapi untuk ke Aquaria di KLCC yang menawarkan harga tiket istimewa yang akan berakhir hari ini (melepas peluang nak naik ERL dengan harga RM10 sempena merdeka) iaitu sebanyak RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Lepas amik member, terus ke KLCC. Awal pagi cuti umum, parking kat tepi masjid tu masih banyak yang kosong. Namun sudah ramai juga di taman KLCC. ada yang berjogging, berjalan-jalan dll. Terus berjalan ke Suria KLCC dan turun ke Lower Ground menuju ke terowong ditepi Tower Records. First time berjalan melalui terowong ini. Sampai di hujung terowong, melalui parking lot KL Convention Centre masuk ke pintu yang tertulis Aquaria. Ramai yang telah beratur. Ada pula yang sedang bersarapan di kafe berdekatan.

Kami beratur dari jam 9.30 hingga 10.00 baru barisan bergerak. Itupun terlalu perlahan. Sampai didepan Kenny Rogers, petugas Aquaria memarahi pengunjung dalam barisan kerana tidak mematuhi arahan. Arghhh….pepagi nie dah nak marah2. Dah le beratur punye lama, nak duduk pun takde tempat. Nak salahkan sapa, kalau dah semua orang bergerak mengikut orang depan?

Pengunjung dalam barisan dipecahkan. Ntah ikut berapa orang. Sampai di depan Starbuck, berhenti lagi. Ada sekumpulan yang mencuba nasib dengan beratur didepan pintu masuk walaupun barisan panjang telah diwujudkan. Khabarnya pada ketika itu, barisan sudah sampai ke parking lot. Masuk sahaja ke dalam kawasan membeli tiket, hanya seorang wakil sahaja diminta berbaris membeli tiket. Dapat sahaja tiket, kami masuk ke dalam. Khabarnya pengunjung dikumpulkan 45 orang dalam satu kumpulan dan diberi peluang melawat selama 45 minit. Tapi tengok yang masuk berderu-deru aje, dah macam seratus orang.

Kami agak beruntung kerana antara yang awal masuk. So tak le teruk sgt bertolak-tolak. Melihat satu aquarium ke satu aquarium. Mengambil gambar dibenarkan tanpa penggunaan flash. Kedengaran suara2 petugas mengingatkan pengunjung mengenai hal itu. Ada yang menggunakan kamera manual, digital, video camera dan tak lupa juga camera pada handphone. Mengambil gambar didalam Aquaria sangat susah kerana pencahayaan yang kurang dan tidak tetap.

Sedang asyik melihat si biawak, tetiba ia terjun ke air dengan penuh lagak sambil membuat pose istimewa.

Kemudian, melihat pula beberapa ekor ulat gonggong yang besar saiznya. Geli geleman dibuatnya.

Agak menarik melihat spesis katak ini yang menyerupai daun kering. Teknik camouflage yang sangat baik untuk melindungi mereka daripada musuh.

Meneruskan perjalanan dan melihat aquarium berbentuk silinder yang sangat unik. Didalamnya terdapat sebatang pokok yang besar dan dikerumuni dengan berpuluh-puluh ikat. Kelihatan macam ikan air tawar. Seolah-olah berada didalam sungai pula. Sangat menarik dan menakjubkan.

Selepas puas melihat pelbagai hidupan seperti belangkas, tapak sulaiman, kura-kura gergasi, kami menuju ke kawasan bawah dimana pengunjung perlu beratur untuk masuk ke terowong bergerak. Jikalau petugas Aquaria dah rancang lebih awal, tentu tidak perlu sakit tekak menjerit menyuruh orang beratur kerana tiada tali khas dipasang menandakan perlu beratur.

Didalam terowong ini, pengunjung dapat menyaksikan ikan jerung yang begitu ‘gembira’ mempamerkan barisan giginya yang bagaikan paku, ikan pari yang berenang diatas kepala (melihat badan pari dari bawah agak menyeramkan, cam hantu gitu), dan pelbagai lagi spesis hidupan laut. Tidak ada pula pertunjukkan penyelam memberi ikan makan seperti yang biasa ada di aquarium2 besar di negara2 lain. Dengan adanya sistem ‘walkalator’, pengunjung hanya perlu berdiri dan memerhatikan keindahan laut dalam kerana walkalator berfungsi seperti escalator dimana ia akan membawa penumpang sepanjang perjalanan. Awas, ada dibeberapa bahagian kita perlu mengubah kedudukan kaki mengikut putaran walkalator. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan, bendera turut dipasan pada badan sebuah sampan yang diletakkan didalam aquarium di kawasan terowong ini.

Selepas keluar dari terowong, pengunjung boleh menikmati keindahan batu karang menjadi kediaman ikan2 cantik seperti Dory dan Clown Fish (Nemo).

Setelah penat mengembara didasar lautan, bolehkan singgah di kedai cenderamata membeli ole-ole sebagai tanda kenang-kenangan. sherrina beli satu mug kecil berharga RM 7.90 dihiasi dengan gambar ikan dan logo Aquaria serta seekor katak dan ikan jerung getah yang boleh mengembang 6 kali ganda saiznya apabila diletak didalam air selama beberapa hari. Harganya RM 2.90 seekor.

Kami keluar dari Aquaria menuju ke Suria KLCC untuk mengisi perut yang sudah berdangdut. Wah, barisan manusia yang hendak melawat Aquaria sudah mencecah ke dalam terowong di kawasan iklan Maxis 3G. Beberapa meter sebelum mencecah kedai Tower record. Entah pukul berapa mereka dapat masuk kedalam.

Bermulanya 1 September, harga tiket Aquaria adalah seperti berikut:

Source: www.klaquaria.com

Selepas keluar dari Aquaria, rasa puas hati dan tidak berpuas hati bercampur-gaul.

Puas hati kerana:

  • dapat melihat kehidupan laut dengan lebih dekat
  • dapat masuk ke Aquaria pada harga tiket RM20 berbanding RM38 (harga biasa)
  • dapat membeli cenderahati untuk kenangan

Tak puas hati kerana:

  • Sistem pembelian tiket yang tidak sistematik. Mengapa menyusahkan pengunjung beratur berjam-jam lamanya. Kenapa tidak dibuat sistem tiket seperti membeli tiket wayang dimana pengunjung boleh beli dan pergi ke tempat lain sementara menunggu waktu masuk. Banyak masa dihabiskan hanya untuk beratur sahaja
  • Sistem pengurusan pengunjung yang tidak efisyen. Seolah-olah mereka tidak menjangka kehadiran pengunjung yang luar biasa pada cuti umum (macam tak reti2 pe’el rakyat Malaysia yang akan mengejar harga murah apatah lagi pada cuti umum)
  • Petugas Aquaria hilang sabar dan marah-marah (kalau tengok PC Fair lagi maut, at least pengunjung kat sini beratur elok2)
  • Pengunjung terlalu ramai pada satu2 masa menyebabkan sukar untuk memerhatikan hidupan dengan teliti.
  • Ada ibu bapa yang sanggup datang membawa anak2 kecil walhal keadaan terlalu sesak dan panas. Ada juga yang membawa kereta sorong bayi dan bayi2 kecil yang menangis kerana resah (apa yg bayi boleh faham mengenai haiwan laut). Tangisan bayi bersahut-sahutan menganggu konsentrasi pengunjung lain
  • Tidak banyak info mengenai setiap spesis hidupan. Kalau ada pun terlalu kecil dan susah dibaca dalam keadaan gelap dan kurang cahaya
  • Harga tiket biasa yang mahal menyebabkan ramai orang menyerbu pada hari ini yan merupakan hari terakhir promosi harga rendah.
  • Tiada makluman awal mahupun tali khas bagi membuat laluan menuju ke terowong walkalator menyebabkan orang ramai bersesak dan bertolak-tolak

Jika anda belum berkesempatan ke Aquaria, tak perlu le rush2 sementara orang masih menyerbu ni. Maybe selepas 3 bulan, tidak begitu ramai orang akan mengunjungi Aquaria dan bolehlah anda kesana tanpa perlu bersusah-payah dan dapat menikmati pameran dengan selesa. Macam di Petrosains atau di Planetarium sekarang. Bagi sherrina yang dah penah melakukan aktiviti snorkeling dan melihat keindahan hidupan laut secara ‘live’, melihat pameran di Aquaria ini tidaklah seseronok orang yang tak pernah menyelam di laut. Kalau dibanding dengan Underwater World di Langkawi, Aquaria lebih besar. berdasarkan pengalaman sherrina ke Underwater World di Sydney, Australia, Aquaria ini kecil sedikit saiznya. Tunggulah bila demam ‘Aquaria’ dah reda, bolehlah pergi sekali lagi…..

Full photos boleh didapati di http://sherrina.fotopages.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *