Post ID: 270

Fesyen dan dunianya yang tersendiri

Sebenarnya, aku tak penah minat dengan dunia fesyen. Aku pon tak ikuti perkembangan fesyen terkini. Fesyen aku hanyalah t-shirt, kemeja, slack, jeans, suar trek, tudung dan baju kurung. Aku tgk ramai kawan2 aku yg berhabisan duit supaya seiring dengan arus perdana fesyen.

Smalam kat KLCC ada pertunjukkan fesyen sempena Minggu Fesyen KL 2005. pada awalnya, aku ngan member ke Times Square nak tgk wayang. tapi musim nie wayang takde citer yg best2. so kitorang ke KLCC. aku tengok kat center court dah siap pasang stage. Mujur bawak camera. lepas lunch di food court, aku pun turun ke centre court kol 2.30. nak secure tempat yang baik. Nervous gak coz aku tak penah shoot fashion show. sekeliling kawasan stage dipasang tali penghadang. segerombolan photographer berbangsa cina dah mula masuk ke kawasan dalam. Official Photographer (OP) kot. aku dok diluar tali. ada beberapa senior photographer dlm lingkungan usia 50 tahun menunggu sama. masing2 mengeluarkan senjata dan membelek2 setting2 yang sesuai dengan event nie. sorang-sorang mula menyusup masuk ke kawasan dalam. aku pon ikut sama. uncle2 tu baik, siap beri ruang untuk aku ke depan. disamping tu, sambil2 shoot masa break time dorang ajar pasal lightning dan metering. silap aku guna metering yg salah, patut pilih yg focus one stop punye. tapi setting lari plak. dah le aku masih terkial2 nak main ngan aperture. pakai hentam aje. test, terang sangat. reduce. test lagi, gelap sangat, increase.

semua yang datang pakai dSLR, aku sorang aje prosumer. buat selamba aje udahlah, nak cari pengalaman….show mula kol 3.50pm. dah naik kematu menunggu. sorang demi soran masuk memperagakan fesyen batik. aku ingatkan baju batik ke, kebaya batik ke…rupanya…..ini daaaa…hebat, sapa nak tau kain batik yg mak2 kita dok pakai tu bleh diubahsuai jadi semoden ini…..hampir kol 5 baru selesai. lenguh tangan, bahu dan pinggang…toksah kata. tapi puas hati. sila lihat hasilnya dibawah, dan as usual, full version di http://sherrina.fotopages.com

Tak silap aku, masa shoot nie aku sorang aje perempuan. Yang lain semua male photographer. Tetapi ia satu advantage dimana aku dapat menarik perhatian model2 itu untuk memandang kamera aku. Cuma teknik aku yg masih newbie nie menyebabkan shoot2 aku tidak perfect seperti yang sepatutnya. Rugi besar…..

Lepas shoot, aku ngan member pon keluar dari KLCC sambil membincangkan program tadi. Then member aku kata, “camne ek. designer tu design baju2 camtu. pastu diperaga oleh model2 tu. pastu baju tu dijual, dipakai oleh orang lain…..ishhh…camne nak pikul dosanya tu??? “

aku kata…..”tak taulah….tu hanya Allah dan designer tu aje yang tahu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *