Satu Sabtu Yang Membosankan.

Entry ini akan hanya diceritakan dalam bentuk foto. Sila letakkan cursor mouse anda pada foto untuk membaca kisahnya…

hari nie aku hanya wat keje part time. ngajar tuition. kelas abis kol 5.30. buhsan. tatau nak gi mana..drive ajelah....

Hmmm....nak ke mana ye????

Kiri ke Pantai Timur, kanan ke Ampang.....kanan lah..

kemana harus aku pergi di petang yang cuacanya sgt cantik sekali??

Bukit Ampang lah...mana lagi. nak amik gambo seantero Kuala Lumpur

kenderaan tak banyak, tak perlu nak rush. lagipun memanjat bukit, gear 2 ajelah...

Seekor anjing di jalanan. Kelihatan jinak, asik mengekor kereta. camne ia mencari makan agaknya?

arghh..masih tak siap2 lagi Menara Tinjau nie? Bila agaknya nak siap? ke budget tak cukup?

park di sini ajelah, ini aje kawasa yang sesuai...

kawasan projek pembinaan apa pula di lereng bukit nie?

awan membiru, langit yang cerah.....

sampah ada dimana-mana sahaja....

pakcik nie memiliki kebun durian disini....

ini pondoknya....untuk menunggu durian luruh

sinaran mentari yg terlalu terik menyukarkan untuk mengambil gambar sekitar bandaraya

kenapa pula bakat seni dicurahkan di batu ini? Tulis nama atas batu....

apa agaknya yang direnungkan?

awan yang terpilu? bak kata Ning Baizura...

Jalanraya sentiasa sesak walaupun hujung minggu

sewa VCD lah untuk mengelakkan kebosanan sehingga hari Isnin menjelma


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *