Post ID: 249

Hari Yang Mendemamkan

eh, ada ke hari yang mendemamkan? hehehe…entah lah. yg pasti aku yg demam. dah 2 hari. tapi aku jenis malas do umah kalau demam. so hari nie aku amik cuti dan pegi ke Times Square menonton Madagascar. Nasib baik ada vick inhaler yg menemani dikala hidung aku tersumbat.

citer madagascar nie best. panggung full house. itupon beli tiket kol 1.30 baru dapat seat yang cantik. sementara ada 2 jam, lepak di Borders le mengabiskan buku yg aritu tak abis lagi dibaca. oh ya, Madagascar nie best dan lawak abis. Memang tak rugi le menontonnya.

Pas tu aku gi KLCC. saje ke Guardian shopping ubat. ceh, dah sakit baru nak cari ubat. Amik punya amik, laaa…rm80. mak aiii, mahal kos ubat2an di Malaysia. lagi2 yg dalam kaca (prescribe by pharmacist). Kat luar Guardian tu rupanya ada 2 Red Indian wat show. dari mana le nie….lawa plak topi dorang. rasa nak pinjam plak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *