Post ID: 247

Bukit Tinggi Resort, Pahang

Cuti kali nie aku pack dengan aktiviti. Sabtu gi KLCC. Ada band US Air Force/Navy main muzik sempena sambutan persahabatan US dan Malaysia. Mujur dia buat kat Malaysia, kalau dia wat persembahan nie kat Indonesia, sure dah kene baling ngan telur. Yang tak bagus, dia main time Maghrib. Punya banyak masa lain, time tu jugak. Tak dengo azan berkumandang dari Masjid KLCC.

Ahad pi tengok Star Wars kat GSC Times Square. Aku nie bukan fanatiks Star Wars, tapi teringin nak cuba Premier class di Times Square. Murah sket tiketnya dari Gld Class. Seat disusun dua kerusi dalam satu baris. Kira couple paling sesuai le gi. Harga tiket RM 16. Mahal sket dr harga panggung biasa. Tapi aku nie ada tabiat suka nak try mende baru (yang halal aje ye). Kebetulan Star Wars tengah ditayang di Premier Class, beli tiket dan tonton. Selesa dan nyaman menontonnya. Malah ada lounge sementara menunggu tayangan bermula. Kalau nak beli popcorn dan makanan, order saja di kaunter. Bayar dan ia akan dihantar ke kerusi anda. Siap ada meja bulat kecil untuk letak makanan. Kelass….tapi nie le first and last kot masuk sini. Kalau takde movie yang bagus, tak berbaloi. Lagipun jenuh kene leter ngan ibu sebab support US nye film yang telah mengutip 200 juta. Apa nak wat, tiket dah beli awal. Pegi je lah.

Isnin, gi Bukit Tinggi Resort dengan member yang dah nak pindah ke ofis lain. Kira cam last treat le to say goodbye. Bertolak dari KL jam 11.30 pagi. Tiket naik ke resort RM 16 untuk seorang dewasa. Mahal gak. Tempat yang bleh dilawati dengan harga ini ialah Japanese Tea House, Colmar Tropicale dan Rabbit Park. Additional activities kene bayar. Takleh lupa masa syok amik gambo kat Taman Botani ditepi satu kolam ikan kap, cermin mata terjatuh menjunam ke dalam kolam. Jenuh gak mencapai, sampai kene baring atas lantai simen untuk capai cermin mata. Mujur jam adidas RM20 nie tak rosak kene air…..

Balik dari Bukit Tinggi, singgah ofis. Amik akuarium dan peralatan untuk dibawa pulang. Ofis aku tu keras agaknya, abis ikan semua mati termasuk ikan DBKL. Gi beli ikan baru kat kedai tepi MRR2 highway. Pastu pi Adam Seafood kat AU3 pekena tomyam dan ikan siakap 3 rasa. Sodapp….

Nie gambar2 di sekitar Bukit Tinggi. Mouseover to read bout the pic (Gerakkan cursor mouse ke atas foto untuk membaca ulasan). Macam biasa, full version di Muzium Fotografi Sherrina


Tol Gombak - RM 4 untuk kereta

Lokasi Pertama: Rumah Teh Jepun

Shot bunga menggunakan Macro mode

Rumah persinggahan dihiasi dengan landskap kolam ikan Kap yang sinonim dengan budaya masyarakat Jepun

Di kolam inilah aku nyaris2 terpaksa menyinsing seluar mencari cermin mata yang terjatuh. Mujur bleh sampai dgn hanya berbaring ditepi kolam lalu menjulurkan tangan

Colmar Tropicale dari tingkat 3 menara jam

Susah nak nyebut nama-nama kedai kat sini

Angsa dan ikan kap adalah antara tarikan disini.

Memberi makanan kepada ikan dari atas jambatan. Makanan ikan dijual RM 1.50 sepeket.

Games room turut disediakan bila anda dah boring berjalan-jalan.

Rabbit Park untuk mereka yang suka mengejar arnab-arnab comel

Arnab pun pandai bergossip dan mengumpat

Bye bye Bukit Tinggi, nanti aku datang lagi. Bila harga tiket dah turun! hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *