Post ID: 245

Album Terbaik Spider

Semenjak Spider menang pelbagai anugerah hasil populariti lagu Relaku Pujuk, aku pon start dengo lagu2 diorang. Bukan tak penah ikuti perkembangan kumpulan nie. Aku dah dengar lagu2 dorang sejak zaman Ngam Ho lagi. Cuma tak penah beli album dorang sehingga baca pelbagai review daripada mereka2 yang dah membeli album Nazraku. Rasanya harus cuba.

So, kebetulan aku berjalan2 di The Curve, aku cari skali album Spider. Album Nazraku dah takde, yang ada hanya album koleksi terbaik Spider. Lagi bagus. 2 kaset dengan harga RM 18.50. Lepas layan beberapa kali, aku respek le ngan lagu2 dalam album nie. Boleh dikatakan 80% lagu2 dalam album nie best dan konsep muzik dorang nie lain dari yang lain. Antara feveret aku ialah Kerongsang, Buat Sang Puteri dan Jangan Kau Berputus Asa. Kalau nak dengar lagu2 dari album Nazraku, sila le ke laman web Dobot yang telah bermurah hati menyediakan online music player yang memuatkan lagu2 dari album Nazraku….

      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *