My Mini Aquarium

Sebelum nie aku hanya minat membela kucing saja. Tu pun bukan le serius sangat, just stray cats. Hanya bagi makan, main2 ngan kucing2 tu. Itu aje. Semenjak kucing kesayangan aku, Kitty meghilangkan diri dan Si Belang pun sama, aku dah tak minat nak bela kucing macam dulu. Siap seludup masuk ikut tingkap untuk bawak kucing tido sama.

Masa final year kat UTM, ntah camne aku ternampak senior aku bela ikan dalam akuarium. Aku pun belajar berjalan2 di Jalan Pasar (bagi peminat ikan belaan, sure tau tempat nie) dan aku sempat mencuba hobi ini selama beberapa bulan sebelum aku give up. Mungkin masa tu tak pandai membela.

Baru2 nie aku bagi hadiah birthday seorang kawan. Dia nak sangat bela ikan dan aku hadiahkan set akuarium pada dia. Lepas tu, aku plak yg end up menjaga ikan2 tu dan akuarium tu dah macam milik aku sendiri. Lagipun dia gak yang suh aku menjaga akuarium tu sebab dia akan bertukar keje. So, aku minat semula pada aktiviti membela ikan. Aku kembali ke Jalan Pasar dan juga menjengan ke Pet Safari. Selain tu aku join forum2 berkaitan hobi membela ikan untuk menimba ilmu menjaga ikan nie.

For a start, aku mula dengan akuarium plastik dulu. Aku aim kalau berjaya, baru aku nak serius spend hundreds of ringgits untuk membeli akuarium kaca yang siap ada lampu tu. Berkenan dengan few designs yang aku usha kat Pet Safari. So, bebaru nie aku luangkan masa membersihkan dan menghias akuarium ini….


Akuarium yang telah diisi dengan air bersih, anti-klorin dan batu hiasan di dasarnya


6 ekor Guppy dan seekor ikan bandaraya


Aku berkenan tengok pakcik nie masa shopping kat Pet Safari di Harvey Norman


Sticky Tablet untuk dilekatkan didinding akuarium untuk membolehkan kita melihat ikan itu makan dengan riang


Aku terjumpa makanan nie di Pet Safari dan membelinya dengan harga RM 2.90. Bagus juga sebab cuti Hari Wesak nie aku takkan masuk ofis selama beberapa hari.


Aku baru tau yang filter sangat penting untuk memanjangkan tempoh kebersihan air. Beli yang murah dulu nak tengok keberkesanannya


Batu hiasan nie aku beli kat Jalan Pasar. Di Pet Safari pilihan batu hiasannya lebih banyak. Aku juga membeli satu pek batu2 fossil untuk hiasan akuarium


Chlorine tester untuk menguji kandungan klorin dalam air. Terlalu banyak klorin akan membunuh ikan


Inilah rupanya setelah disusun. Taklah cantik sangat, but good enough for a beginner like me


I hope the guppies like the tablet

Kalau menjadi le hobi nie dan dah pakar nanti, aku nak try marine aqua plak….harap-harap dapat le satu macam nie, humang aihhh….bestnya tak terkata!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *