Redang Island-Day 3

Bangun pagi. Menghirup udara Redang dipagi yang terakhir. Sarapan pagi dan mengemas barang-barang. Kalau dulu2 masa kecik2, pagi terakhir mcm nie sempat nak berenang satu round lagik tapi dah besar2 nie malas lah. Lepas packing dan check out, menunggu satu jam pula. Bot tak sampai2. Sambil menunggu sempat membelek suratkhabar semalamnya. Duduk di pulau nie kita meninggalkan hari dan tarikh di tanah besar. Nobody wants to bother what’s the latest news and happenings as what we used to do everyday. Di pulau ini masa seakan berjalan perlahan dan kehidupan begitu menenangkan. Kalaulah boleh tinggal terus disini…but i’ll miss TGV and GSC le pulak……

Apabila berada dipulau, apa sahaja yang ada disekeliling kita harus dimanfaatkan dengan sebaiknya. Oleh kerana itu jentera penyodok tanah ini bukan hanya menyodok tanah sahaja tapi juga untuk mengangkut barang…

Setelah selesai aktiviti pemunggahan barang dari bot, kitorang pun mengangkat beg2 dan meredah air separas lutut menuju ke tangga kayu ditepi pantai untuk menaiki bot.

Selamat tinggal pulau Redang. Kalau ada rezeki aku pasti akan kembali…..

   
   

Setelah selesai membeli belah keropok lekor di Losong, kami terus pulang ke KL dan tiba dirumah pada jam 1 pagi.

Next island trip: Pulau Lang Tengah (bila budget dah pulih kembali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *