Post ID: 233

Movie Review: Constantine


Hell wants him. Heaven won’t take him. Earth needs him.

Anda minat dengan citer2 yg mengisarkan perkara mistik, syaitan dan sewaktu dengannya? Jangan lupa menonton filem terbaru Keanu Reeves ini. Sherrina baru sahaja menontonnya semalam di GSC Berjaya Times Square yang baru dibuka. Mujur ia tak sebesar pawagam Mid Valley. Kalau tak, bagaikan menonton wayang dalam sebuah stadium. GSC di Times Square mirip kepada TGV KLCC.

Filem ini berkisahkan John Constantine yang kerjanya memburu setan2 jahat (ada ke setan baik?) dan menghantar mereka ke neraka. Citer nie klasifikasinya 18SG, maka ianya penuh dengan adegan seram dan ganas. Bagi yang dah biasa menonton filem seram dan ganas, tentu sahaja flem ini dianggap biasa. Bagi sherrina yang memang tak gemar menakutkan diri dengan menonton filem2 seram, beberapa kali juga le sherrina menutup mata dengan tangan ketika dalam pawagam. Agak ironi menonton filem yang dikatakan seram sedangkan penonton yang menonton bersama sherrina senyap sepi ketika adegan2 yg seram dipertontonkan. samada mereka sudah lali dengan kisah2 seperti ini ataupun mungkin mereka takde perasaan. Tapi banyak juga adegan2 lucu dalam filem ini seperti ketika Constantine nak diangkat ke syurga, sempat dia menunjukkan isyarat jari hantu kepada malaikat penjaga neraka yang hendak menjemputnya.

Jika anda seorang perokok, mempunyai suami atau isteri atau bf atau gf atau sesapa sahaja yang hidup disekeliling anda merupakan seorang perokok, bawa mereka menonton filem ini. sherrina rasa ini pertama kali sherrina menonton sebuah filem yang terang-terangan memnyentuh keburukkan merokok. Ternyata Keanu Reeves dan penerbit filem ini wajar diberikan kredit diatas kesungguhan mereka menyebarkan kempen anti-rokok melalui filem. Selain daripada adegan dimana Keanu berjumpa doktor yang menunjukkan x-ray paru-parunya yang hancur akibat merokok sejak berumur 15 tahun, juga ditunjukkan Keanu batuk berdarah, menogok ubat batuk dari botol dan bagaimana penjaga neraka yang memperdajal Constantine dengan mengambil paru2 nya yang hitam dan hancur itu supaya Constantine akan terus hidup dan tidak dapat masuk ke syurga pada ketika itu. Akhir sekali ditunjukkan bagaimana Constantine berdiri di atas bumbung memandang ke bandaraya sambil membuka bungkusan. Bukan lagi bungkusan rokok seperti keadaan2 yang lalu tetapi bungkusan chewing gum…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *