Post ID: 231

satu perkara yang aku ralat menjadi anak jati bandaraya ialah banyak perkara kehidupan dan cabaran di kampung yang aku tatau. Banyak sangat sampai aku diketawakan oleh cousin aku sebab aku sering terpinga-pinga mendengar dia bercerita mengenai itu dan ini. Contohnya, aku tak pernah jumpa tumbuhan ini yang apabila diterkena air ia akan meletup.

   

di KL nie takde suasana kampung diwaktu malam. yang ada hanya deruman motor mat rempit membelah lebuhraya. di kampung suasana malamnye sunyi hanya kedengaran suara unggas ataupun cengkerik. kat kampung pakcik aku nie plak setiap beberapa waktu akan kedengaran bunyi dari keretapi yang lalu ditepi kampung…

Kemudian aku khusyuk mendengar makcik aku bercerita mengenai kisah zaman kanak-kanak nya. bagaimana mereka mengutip tanah liat, dijadikan seperti bola kecil dan disalut dengan dedak lalu diletak dalam bekas yang direndam didalam sungai untuk menangkap udang. Ayah aku pula akan membuka cerita bagaimana masa dia kecil2 dulu suka mengusik jaga skolah dengan mengatakan, “bhai..ini menantu sudah datang” sebab anak bhai tu cun2 belaka. pakcik aku akan cerita bagaimana seksanya jalan kaki disepanjang laluan keretapi untuk ke sekolah yang berkilometer jauhnya.

Seronok ye bagi yg ada kampung. kene plak depan umah ada sungai, seronok tgk cousin aku asyik memancing…

walaupon depan umah aku ada sungai tapi tatau le apa spesis ikan yang mampu hidup dalam sungai tu.

Beruntungnya kalian yang masih ada kampung. Oleh itu, bagi yg dah lama tak balik kampung, pulanglah menjenguk sebelum kampung itu berubah selama-lamanya….



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *