Post ID: 224

berjalan-jalan di blog rakan-rakan yg lain, sherrina terjumpa catatan Pakdi mengenai anak2 yatim piatu acheh yg kini menjadi bahan dagangan. Eh, tak silap sherrina baru2 nie Presiden Indonesia kata tidak ada sebarang program utk menghantar anak2 ini ke negara luar, malah kerajaan Indo sendiri akan bertanggungjawab diatas kebajikan mereka. Harap2 kes seperti yang disebut oleh Pakdi tu hanya sekadar gossip sahaja kerana jika ianya benar2 berlaku, banyak masalah yg bleh timbul.

Di blog Jeff Ooi pula, isu yang selalu menarik minat sherrina utk bertandang di Screenshot… ialah isu kualiti perkhidmatan pelanggan di Malaysia. Isu yg tidak pernah surut, tidak pernah habis. Bak kata salah satu komen di topik tersebut, Malaysia adalah negara dunia ketiga yg mana rakyatnya menerima kualiti perkhidmatan taraf negara dunia keempat. Merempat dibumi sendiri?

Mat Jan pula mempunyai satu mesej pendek utk pasukan bolasepak Malaysia.

Semenjak suratkhabar dah naik harga, sherrina pun dah tak beli suratkhabar. Mujur ada suratkhabar online:
Utusan Malaysia
Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *