Post ID: 223

Isu Tsunami masih hangat diperkatakan disana sini. Justeru, rakyat Malaysia yg berbilang kaum tak kira apa agama dan bangsa bangun dan menghulurkan sumbangan kepada yg memerlukan. Tetapi biasalah org Malaysia, dah maju cam mana pon masih ada segelintir yg dok buat perangai ‘pherak’ (kata org kedah, perangai cam org tak pi mengaji). Orang sedih pasal mangsa Tsunami, dia pon nak sedih sama. Orang derma pakaian, makanan dan barang2 keperluan, dia pon nak derma sama. Tapi, dia pi derma baju koyak, seluar berlubang, bra dan siap ada yg derma pingat2 lama. Sapa la yg perangai cam skolah tahap tadika nih? Budak tadika la nie pon dah cerdik2. Tak caya, hangpa pi la website Jeff Ooi yang popular tu. Sedih tgk perangai manusia2 camtu. Menjadikan tempat kutipan barangan derma bagaikan tempat pembuangan sampah. Bila la depa nie nak cerdik sikit?

Ayah sherrina baru balik dari Langkawi. Dia pi sana dengan makcik dan sepupu utk antar bekalan pakaian, makanan dan wang utk sedara yg umahnya turut menjadi mangsa tsunami. Cuma mujur umahnya tak roboh tapi peralatan abis musnah. Katanya di Langkawi keadaan tak seteruk di Kuala Muda. Di KM teruk sungguh.

Pastu depa singgah di Penang nengok tok kat sana. Kami ingat nak pi Penang nanti sebulan lagi. Dah ada kete baru yg mak nak pi amik sok nie, senang sket nak jalan jauh. Kete Iswara plak sherrina beli dr mak. tolak murah2 aja, alah anak sendiri takkan nak amik profit kut! muehehehe…sapa yg dok kutuk kete Honda lama aku tu, aku dah jual la. Sedih ooo…byk sentimental value tapi nak simpan pon tak guna. anyway, dalam kepala dok pikir mcm2 nak modify kete nie Iswara ni. nak taruk tinted, sejuk sket. tau tak kat mana buat tinted yg bagus? habaq mai kat sherrina.

malam tahun baru haritu korang kat mana?sherrina kat KLCC ngan member. saja pi lepas opis, pekena sizzling yg sedap dan lazat tu. Ingatkan tadak orang, rupanya punye le ramai umat kat taman KLCC. konsert dah batal, tatau le depa tunggu apa. Ada gak dengar rumors kata KLCC nak wat gak bunga api walaupon Pak Lah dah kata tak bagi. Agaknya depa takut stok bunga api masuk angin kut kalau nak simpan sampai Merdeka. Ada sesapa yg ada kat sana ke masa midnight? sherrina blah kol 10. kang jalan jem. ingat saja nak lalu Bukit Bintang tapi tgk jalan Yap Kwan Seng pon dah sendat, balik le. Lepak umah lagik best main The Sim.

Huh..Malaysia kalah 4-1 dgn Indonesia di tempat sendiri? biar betullllllll……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *