Post ID: 215

5 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya. Terasa begitu cepat masa berlalu. Bagaikan tidak terasa peritnya puasa di ramadhan kali ini. Alhamdulillah. Mungkin kerana faktor cuaca yang kerap hujan, tidak seperti sebelum2 ini yang kebiasaannya bulan puasa bermakna cuaca panas dan terik.

Sebetulnya sherrina tidak membuat sebarang persiapan bagi Syawal kali ini. Selain terikat dengan kesibukkan di universiti dan tempat kerja, budget juga merupakan salah satu faktornya. Tetapi semalam dapat pula peluang untuk membeli sedikit sebanyak keperluan, digunakan dengan sebaiknya. Biasanya sherrina ngan member baik, zura akan memilih satu hari untuk kami menghabiskan masa berjalan disekitar Kuala Lumpur membeli barang2 persiapan raya tapi tahun nie member sherrina sibuk dengan urusan dipejabat dan persiapan perkahwinannya selepas raya nanti, maka sherrina gi ngan member opis.

Dah lama juga tak turun ke kawasan Jalan TAR. Tampak banyak perubahan terkini. Selain daripada mencari perkara2 yang perlu seperti baju raya, tudung dan kasut, sherrina mengambil kesempatan mencari buku karya Faisal Tehrani yang tidak dijual di kedai2 buku popular di KLCC dan Mid Valley. Seronok tak terkira bila dapat membeli buku penulis terkenal ini. Bukunya bertajuk 1511(Kombat) dan 1515. Bagi yang mengemari novel2 melayu yang biasa diterbitkan oleh Alaf21, Creative Enterprise dll lagi, jangan terkejut jika mendapati jalan cerita karya Faisal Tehrani sangat berbeza. 1511 (Kombat) berkisar peperangan di zaman akan datang diantara Islam dan orang kafir. sherrina mengambil masa satu malam untuk menghabiskannya. Tak pernah berjumpa karya seperti ini sebelum ini. Cuti raya nie boleh le ambil masa membaca 1515 pula memandangkan sherrina hanya beraya di KL sahaja.

Bagi yang ingin mencari buku beliau, boleh le menjenguk ke Pustaka Mukmin di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dapat diskaun 10 peratus lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai karya2 Faisal Tehrani, boleh lawati laman web Faisal Tehrani Online





Di kesempatan ini juga sherrina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitrri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat-sahabat dimana jua anda berada khususnya kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Insya’ Allah sherrina akan kembali aktif sepenuhnya sebelum tahun 2004 melabuhkan tirainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *