Post ID: 214

Hari nie adalah hari terakhir computer fair kat PWTC. Computer Fair nie cam adik beradik ngan PC Fair le. sherrina pon tak pasti apa bezanya tapi rasanya dua2 event dikendalikan oleh organisasi yg berbeza. Semalam sherrina amik kesempatan melawat PWTC untuk menjenguk2 pasaran laptop sekaran ini. Sherrina jangkakan memandangkan raya akan menjelang tidak lama lagi, tak ramai le orang melayu yang akan kesana. Rupanya tidak juga. ramai orang melayu yang mengambil kesempatan membeli peralatan komputer pada harga yang berpatutan disamping ramai juga yang sekadar survey2 sementara menunggu PC Fair awal Disember ini.

Kalau pada tahun 2002 masa sherrina beli laptop Compaq yg dah dicuri tu, pada ketika itu pilihan laptop tidak begitu meluas. selain terikat dengan jenama2 yg telah establish didalam market seperti Acer, IBM dll….harganya juga agak mahal. masa sherrina beli dulu, RM 3999 hanya mampu memiliki laptop yg menggunakan processor AMD Mobile XP 1.3GHz disamping 128MB ram(tu pun jek2 dorang mintak free 128 lagi), 20GB hd dan DVD Rom. Pada ketika itu, Centrino baru sahaja dilancarkan dan harganya memang mahal. Apatah lagi Intel Pentium Mobile ditambah pula DVD+CDRW combo….kalau takde 5 ribu dalam tangan, jangan nak berangan.

Tapi hari ini, Centrino menjadi inti didalam kebanyakkan laptop yang boleh didapati di kedai2 mahupun semasa pesta komputer. Cuma pada kali ini dilihat trend penggunaan LCD monitor bersaiz 12 inci, berat laptop kurang dari 2 kilogram, wide screen monitor dan build in wi-fi boleh didapati di hampir kesemua booth jenama laptop yang ada. bab penggunaan skrin kecil nie yg sherrina lemah sket. dah le banyak masa dihabiskan membuat kerja2 dokumen dan designing, ditambah pula dengan main games, internet surfing dan tahun depan dah start nak buat project paper yg melibatkan system development, 12 inci nie macam menyakitkan mata aje. Ada pula sekarang ini laptop yg begitu kecil sehingga boleh diisi didalam beg bersaiz A4 yang boleh dikepit dibawah lengan!

Seperti masa2 yang lalu, laptop menggunakan desktop processor masih wujud didalam pasaran bagi mereka2 yang mempunyai budget yang rendah (harganya kurang dr 3 ribu ringgit!) tetapi terpaksa menampung saiz dan berat laptop yg lebih dr yang menggunakan mobile processor disamping penghasilan haba yang lebih tinggi. Kali ini desknote tak nampak pula dimana2. Tak pasti pula samada PC Suria ada buka booth di PWTC atau tidak (adakah mereka masih wujud dlm pasaran komputer di Malaysia?). Rasanya desknote nie masih belum menawan hati para pengguna komputer bergerak.

Selain itu, pada pesta komputer kali ini melihatkan tumbuhnya pelbagai jenama laptop yang cuba bersaing dengan jenama2 antarabangsa yang sudah gah dalam pasaran. Antaranya seperti Bluedot, Atec dll lagi. Kebanyakkannya dipasang di Taiwan (kecuali Atec yang dipasang di Thailand dan dilaporkan menjadi pilihan No 1 disana)dan menawarkan spec yang sangat bagus pada harga yang sangat competitive. Ternyata kali ini membuat pilihan menjadi semakin sukar kerana terpaksa study setiap satu jenama yg ada. Tetapi, dengan budget kurang dr RM 4000, pengguna boleh memiliki laptop yang bercirikan spec yang cukup bagus. Dengan kehadiran jenama2 yg sedang merangkak menembusi pasaran, syarikat2 gergasi tentu mula berasa cuak dan mula membaling (throw in) pelbagai hadiah percuma, diskaun dan sebagainya untuk menarik perhatian pelanggan.

Kita tunggu sahaja Pikom PC Fair yang akan datang pada minggu pertama bulan Disember ini. Adakah ianya lebih hebat berbanding yang sedang berlangsung di PWTC sekarang atau sebaliknya. Yang nyata, kedua2 program memberi keuntungan kepada pengguna dalam mencari dan membeli perkakasan komputer yang diperlukan pada harga yang berpatutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *