Post ID: 207

baru-baru nie sherrina menemankan sorang member menonton filem Cinta Luar Biasa. filem biasa yang penuh humor, maklumlah ada Apek Senario. Tetapi di awal pembukaan filem tersebut, lagu yang dah lama sherrina tak dengar berkumandang mengiringi foto2 lama yang dipaparkan:

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara
Melayukan gagah di Nusantara
Melayukan gagah di Nusantara

Lama sungguh tak dengar lagu tu. Tak ingat masa di CBN atau di MRSM Terendak, kami dilarang menyanyikan lagu itu di khalayak ramai kerana lirik lagu berbaur isu perkauman. Lagu itu diharamkan sama sekali. Bila search di Google mengenai tajuk lagu ini, sherrina menjumpai beberapa link yang menarik:

BH: Kerjasama elak Melayu hilang di dunia
Umno-reform.com: Politik Melayu yang melayukan Melayu.
Jeff Ooi: Fighting racism

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *