Post ID: 200



Hari nie cuti, nak gi jalan2 pon tak best sebab geng jalan malas nak berjalan. Nak kluar kol 2 petang tadi tapi punye le lebat hujan yg turun. Hanya boleh keluar lepas hujan reda dalam kol 3.30 petang. Lalu kat wangsa maju depan carrefour, humang aihhh..banyak sehh pokok yg tumbang. sampaikan laluan menuju ke Jalan Jelatek berhadapan Destina terpaksa ditutup. Disepanjang jalan ke Seri Rampai toksah citer. Bersepah ranting dan dahan pokok.. lebat sungguh hujan. Aisehh, rugi tak bawak kamera. Yg harunya, satu papan tanda jalan yg punye le beso pon tumbang. Mujur tak kene sesapa.

Dah alang2 cuti nie, gi le Pusat Darah Negara. Ingat nak call member yg keje kat sana tapi malas plak nak kacau. Disebabkan hujan lebat, tak ramai pula di PDN hari nie. Lepas register dan sembang2 ngan doktor yg mengambil data2 kesihatan, sherrina dibawa ke bilik menderma. ada 3 orang aje. sorang penderma apprentis(plasma donor) dan sorang lagi penderma darah. dua-dua orang cina. beberapa kali sherrina gi PDN memang ramai orang cina yang menderma darah. Bagus depa nie, prihatin. Lepas dicucuk dengan jarum pastu disambung ke salur darah, relaks sambil tengok tv. Lepas 20 minit, selesai. Penuh satu beg. Huhu…banyaknya darah. Lepas relaks, depa taruk plaster gi minum milo (milo kat PDN nie sedap) dan makan kek. Ingat nak jalan ke KLCC tengok wayang tapi dengo kat radio kata jalan jem sana sini, last2 gi Jaya Jusco makan kat Shakeys Pizza. Lapo oooo lepas derma darah.

Pasnie kene tunggu lagi 3-4 bulan le baru bleh derma. Slalunya dekat2 musim perayaan yang bekalan darah selalu berkurang. So pada korang yg tak penah2 menderma tu, bawak2 le menderma. Tak rugi pon. Makan nasi semangkuk dah berganti darah tu (sapa ntah yg bagitau. tatau le betoi ke tak). Memula rasa pening le, lama2 okay aje. Siap bleh drive sendiri lagi lepas derma pastu jalan2 cari makan. Tapi pastikan darah korang bebas dari segala kuman-kumin, kalu tak naya aje sapa yg dapat darah tu. sesio kene jirus ke longkang nanti.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal derma darah, lawatlah www.pdn.gov.my oklah, nak chow dulu. nak tengok tv le…..kot2 ada citer best. babai….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *