Post ID: 182

A Child Called “It”

Sherrina baru habis final exam. Yahoo…seronok sebab boleh kembali membaca buku cerita. Abis aje exam, sherrina tuju ke Kinokuniya KLCC. Dari satu rak ke satu rak, dari satu seksyen ke satu seksyen. Sherrina tatau nak cari buku apa.Mula ingat nak baca buku Chic Lit, maybe Sophie’s Shoppaholic series tapi jemu le plak. Lepas baca 2 siri, rasa boring. Mungkin sebab ianya mengenai shopping yg bukan hobi sherrina. Pastu survey buku2 komputer. Ingat nak beli buku Visual Basic.net tapi teringat pula di library Unitar pun banyak buku komputer yang bagus2 dan e-book percuma. Hmmm…boleh pinjam, save sket duit.

Buntu. Nak baca sesuatu tapi tatau nak baca apa. Buku membaiki grammar English dah beli tapi belum baca. Buku politik? Boleh pinjam pakcik punye. Buku Marina Mahathir tu cam best tapi baca kat Kinokuniya pun boleh habis sehari. Belek punye belek, sherrina ke bahagian Psikologi. Edward De Bono…boring. Dalam internet pun banyak. Aitt….A Child Called It? buku apa nie? Nampak cam best. Mintak tolong pembantu Kinokuniya bukakan pembalut buku dan sherrina duduk membaca bahagian pertama. Wallla..bestnya. Kisah benar Dave Pelzer melalui kehidupan kanak-kanak yang cukup memilukan. Dihukum, didera dengan teruk oleh ibunya sendiri, dibiarkan menderita oleh bapanya yang kene Queen Control walaupun Dave mengangkat bapanya sebagai hero dalam hidup. Huhu….best nih. Terus beli. Ada 4 buku kesemuanya dari zaman Dave kecil hingga lepas kawin.

sherrina telah habis membaca buku ini. Begitu sedih. Begitu menyayat hati. Ianya adalah isi hati perit jerih seorang kanak-kanak yang melalui zaman kecil yang begitu indah, yang begitu bahagia. Tidak keterlaluan jika sherrina katakan Dave pernah merasai kemanisan keluarga bahagia, hampir kepada sempurna. Sounds too perfect. Tetapi sayangnya, kebahagiaan itu musnah di tengah jalan. Sherrina sendiri kurang faham apakah sebab ibunya tiba2 berubah daripada seorang ibu yang penyayang kepada ibu yang begitu bengis. Sherrina rasa ianya akibat masalah psikologi tapi atas kerana apa masalah itu timbul, ianya tidak pula diberitahu.

Menitis air mata sherrina. Dave pada usia 6 tahun telah disuruh melakukan pelbagai kerja yang tak sepadan dengan kudrat dan usianya. Dave dilayan seperti hamba tetapi abang-abangnya dilayan bagaikan raja. Sherrina juga kurang faham kenapa Dave yang didera dan bukan abang-abangnya.

Akan sherrina sambung lagi ulasan mengenai buku ini. Jangan bimbang, buku ini tidak dipenuhi dengan teori psikologi atau motivasi yang membosankan tetapi ianya diserap dan dianyam didalam perjalanan kehidupan Dave Pelzer yang penuh duka dan luka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *