first time nonton Akademi Fantasia

Sabtu lepas aku ke umah cousin aku di Taman Samudera. Abis aje kelas kat Unitar, aku ke umah dia nak tgkkan problem Palm dia yg takleh sync ke laptop. Kebetulan masa aku sampai, rancangan akademi fantasia nak start ditayangkan. Sebetulnya, semenjak AF nie wujud di muka bumi, aku tak penah sekalipun tgk konsert AF nie. Selain dari faktor takde Astro di umah, aku memang dah jarang nengok tv skarang. lagi prefer internet surfing bila ada di umah. program TV skarang pon dah banyak ‘melayukan’ orang melayu sendiri.

So, dah alang2 di umah dia aku pon join le skali tgk AF2 sambil dok godek2 laptop cousin aku. Huhu…camnie ghupanya akademi fantasia yg diagung-agungkan oleh orang Malaysia. Sanggup ek menghabiskan duit henpon sms orang2 camnie. bila time nak umum keputusan le paling meluat. berjela-jela di Aznil tu mengayat dan berdrama. air mata ntah brape timba dah mengalir…keputusan tak gak umum. bila diberitahu Anding yg kene kluar (sapa anding nie gua pon tak kenal), hulaaaa..habis nangis semua rakyat malaysia meratapi pemergian wira pujaan ramai (dan nangis juga le mereka2 yg dok sms mamat nie dengan harapan akan menang). hekeleh….aku pon nyaris2 gak capai henpon aku nak tolong sms sama. kesian ngan ayat si aznil tu. mendayu dan merayu. terer dia nie membeli jiwa rakyat malaysia yg mengagungkan akademi fantasia. anyway, korang yg sms jugak yg rugi duit sms (macam le artis2 AF tu nak blanje makan lepas dia dah menang) dan yang tersenyum lebar, tetap jua tokey Astro dan Maxis (aktifkan le dirimu utk AF). Syabas Ananda Krishnan, harap anda dapat jadi jutawan no 1 tahun nie mengalahkan Robert Kuok. Klik Jutawan Malaysia untuk info lanjut.

Program Televisyen Terus Me’layu’kan Orang Melayu

Aku juga menerima email ini mengenai program reality yg diubahsuai. Hmmmm…ada harapan untuk melaksanakannya di Malaysia?

Boleh diusulkan kepada TV3 atau RTM…

Segala…. impiaaaan… (lagu cik ct…)

1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan
akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain… Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih
berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan ‘dikurung’ dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat
seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara
tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan
diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.

Thanks to Kudin yang memberikan link kepada blog Anti-Akademi Fantasia. Kelakar sungguh.

Anti-AF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *