Isnin lepas aku ngan sorang member gi Shah Alam. Ada urusan sket. memandangkan dah tengahari, kitorang pon proceed ke seksyen 2 utk makan tengahari. member aku yg ex-uitm dah seronok le cerita pasal ikan bakar yang murah dan sedap disitu. sesampai aje, ini yang kitorang dapat lihat…


kedai yang roboh dan macam terbakar! laaaaa…..member aku mengeluh frust. kelihatan beberapa pekerja memunggah tiang2 gerai keatas lori. terpaksa pula cari port lain. mana lagi, seksyen 8 le kedai yg ada lauk berderet tuu….tak dapek aku nak rasa ikan bakar seksyen 2 yg dikatakan sedap dan murah tu.

sebelum kitorang gerak, aku ternampak simbol nie pada dinding bangunan (asrama Uitm kot). aittt….kat KL pon bersepah mende nie. aritu ada kat dinding Putra LRT Ampang Park, pastu telah dicat. most probably by pengurusan Putra. Heran le aku, apa menatangnya simbol nie? uiksss…dah cam Da Vinci Code le pulak. main terjemah simbol nih. Join The Force, 18? apa message nie? kumpulan mana pulak nie? black metal lagi ke? gambo alien mana plak le tu yg depa lukih? siap ada sifir 9×2=? hekelehhh……apsal tak taruk 2×9, 3×6, 6×3, ataupun 18×1? apsal 18? apsal tak nombor lain? musykil..musykil….

siang tadi aku gi Puncak Alam. saja round2 tempat tu. on the way balik, punye le lebat hujan. macam cover balik hari2 panas yg lepas. tak sanggup nak drive, tak nampak. singgah kat giant shah alam. tgh lepak food court, tiba2 gempar. hujan yg terlalu lebat sampai membocorkan bahagian bumbung satu gerai dlm food court. hujan mencurah2 masuk ke gerai. hukalohh..rugi tak bawak kamera!


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *