Post ID: 122

BULI DAN PEMBULImentang2 filem Buli cukup meletup dipawagam-pawagam tanahair, ada plak sekumpulan pelajar2 sekolah yang sibuk2 nak letupkan rusuk dan kepala orang lain

Tahanan reman 14 pelajar dilanjut
SEREMBAN 1 April – Mahkamah Majistret di sini, hari ini melanjutkan tahanan reman dua hari lagi sehingga esok terhadap 14 pelajar lelaki tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan bagi polis melengkapkan siasatan berhubung kematian pelajar tingkatan empat sekolah itu, Muhammad Farid Ibrahim.

Kesemua pelajar yang berusia 17 tahun itu dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang ini dan prosiding reman selesai pukul 4 petang.

Majistret Ahmad Faizadh Yahaya membenarkan perintah tahanan reman ke atas para pelajar tersebut sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Siasatan terhadap mereka dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, Majistret Suhaila Haron memerintahkan kesemua pelajar tersebut ditahan reman empat hari sehingga hari ini.

Muhammad Farid, 16, meninggal dunia Ahad lalu kerana mengalami kecederaan teruk di kepala, usus dan hati serta mengalami pendarahan dalaman yang teruk setelah dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar senior di sekolahnya

Sumber: Utusan Malaysia Online

Kalau le Allahyarham Mohd Farid nie adik korang sendiri, apa agaknya tindakan korang pada budak2 yg membuli dia sampai mati tu? sila undi di ruangan kiri bahagian bawah…..Jgn bimbang, undi anda adalah rahsia!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *