Post ID: 117

Demam pilihanraya masih belum kebah. Ia masih diperkatakan disana disini. Di rumah, di sekolah, di warung kopi, di bistro….ia masih hangat. Ia akan jadi suam-suam kuku juga nanti, tapi mungkin ambil masa juga. Rasanya seluruh negara kini sedang memusatkan tumpuan serta menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diatas pengendalian pilihanraya Malaysia ke -11 seperti yang ramai daripada kita maklum….kualitinya teruk. Kini pejabat SPR sedang dibanjiri dengan surat aduan, surat komplen dan macam-macam lagi. Siasatan pasti akan dijalankan, kita tunggu ajelah keputusannya. Teringat sorang student aku, Afiq Hakimi yg baru berumur 4 tahun. Bila aku suruh dia lukis tanda ‘X’ pada objek di skrin komputer yang tidak diperlukan, Afiq terus menyahut “Ohhh….buat tanda pangkah cam orang mengundi ye, cikgu!!”….budak2 kecil pun tahu pasal mengundi. Aku harap dia tak terpengaruh dengan iklan2 di media massa yang berat sebelah tu.

Selepas pilihanraya, kehidupan kembali seperti biasa. Aku dengan keje di pejabat dan assignment2 yang perlu disiapkan. Banyak yg due bulan April. Tapi, jika tiada aral Isnin depan aku nak ke Pusat Sains Negara untuk melihat pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel, antara pameran yang tak sepatutnya dilepaskan kerana antara negara di Asia, Malaysia telah terpilih untuk menganjurkannya. Sesuatu yang tak seharusnya dilepaskan.

Selain tu, dari 2-4 April, PWTC akan sekali lagi menjadi tempat pameran Smart Kids Fair. Last year aku gi gak and it was so much fun, lagi2 kalau ada bawak budak2 sama. Last year aku gi ngan bos aku, ngan anak dia sekali. Disitulah aku mula kenal roti yang cukup popular di few shopping mall, iaitu Roti Boy. Antara kedai roti yang mampu menarik ramai orang hingga sanggup beratur panjang semata-mata nak beli roti boy. Fuhh…memang sedap lagi2 time perut tengah lapar. Ahad 4 April plak aku dan kengkawan cadang nak gi berkelah sambil BBQ di Sg Congkak. Saja nak release tension sambil berbual2. Walaupun semua dok di KL tapi nak jumpa dua bulan sekali pon susah.

Aku juga tengah cari-cari sukan yang menyeronokkan untuk mengisi masa lapang. Tengah survey futsal tapi tatau nak main ngan sapa and dimana. Kalau korang ada maklumat, please let me know. At the same time, nanti nak gi Shah Alam tengok sukan fencing. Semenjak baca pasal fencing dlm The Star bebaru nie, rasa cam best plak. Dulu dah merasa 3 tahun main archery, nak pula try something new. Besides that, aku nak blaja martial arts. Ingat smalam nak gi tengok tempat blaja kickboxing Umie Aida kat Ampang Point, tapi tak sempat plak.

Urrghhh…lapar bangat. Chow dulu, nak gi makan malam…..sambil tengok peti bodoh tu kot2 ada program yg bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *