Post ID: 116

walaupun dah sehari selepas pilihanraya, tapi keadaan masih agak panas dengan kedudukan beberapa kerusi masih dalam tanda tanya. Sehingga petang tadi masih ada bahagian yang sibuk mengira semula undi. Tahniah buat rakyat Permatang Pauh kerana mengekalkan wakil yang lama setelah pengiraan semula. Ternyata Ustaz Pirdaus tumpas ditangan Dr Wan Azizah. Dengan hanya majoriti 590 (sebelum pengiraan semula, majoriti adalah kurang daripada 50), Dr Wan Azizah mengekalkan kedudukannya di Permatang Pauh. Kelantan pula menang tipis dengan hanya beza 2 kerusi untuk membolehkannya terus mentadbir Kelantan. Satu-satunya kerusi parlimen yang berjaya diambil oleh PAS ialah di Pendang, Kedah dengan majoriti sebanyak 50 undi selepas pengiraan semula pada hari Isnin. Berita lanjut

Begitu juga dengan Bukit Bintang yg menyaksikan DAP menguasai kawasan tersebut. Agak terkejut melihat berita singkat di NTV7 menayangkan klip keadaan di hadapan bangunan Darul Iman dimana penyokong pembangkang berkumpul membantah keputusan negeri Terengganu sehingga pihak keselamatan dipanggil untuk mengawal keadaan. Ada juga yg terpaksa ditahan. Tadi di TV3 turut menyiarkan satu klip dimana MCA mendakwa satu peti undi yang dibawa untuk kiraan adalah kosong dan hanya mengandungi sampah. SPR menerima tamparan hebat bagi pilihanraya kali ini. Takkan kerana SPR hanya bertungkus lumus sekali dlm tempoh 5 tahun merupakan alasan untuk masalah2 yg timbul? DAP pula telah meminta supaya Pengerusi SPR bertanggungjawab diatas permasalahan yang timbul sekaligus meletakkan jawatan Selanjutnya

Satu2nya DUN Perlis yang menyaksikan kemenangan PAS iaitu di kawasan Sanglang telah dikira semula berikutan permintaan calon BN yang bertanding. Selepas pengiraan semula, ternyata kemenangan tetap milik PAS dengan majoriti 45 undi. Klik sini untuk berita lengkap. Selepas pilihanraya selesai, petugas2 SPR yg bertungkus-lumus sepanjang proses pilihanraya kini dapat menarik nafas lega dan berehat seketika tetapi berlainan pula dengan pihak polis yang terpaksa menyiasat 144 laporan polis mengenai permasalahan pilihanraya yang telah dibuat kepada mereka.

Barangkali ada diantara kita yg menerima pelbagai sms mengenai berita2 pilihanraya. Tidak diketahui kesahihannya. Diantaranya yang saya baca ialah Sultan Terengganu enggan menandatangani watikah perlantikan kerajaan negeri dibawah payung BN selagi siasatan mengenai ribuan pengundi di Terengganu tidak selesai. Kesahihannya? Wallahua’lam…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *