Post ID: 115

BN Menang Besar

Menang besar? BN menang majoriti memang diduga tetapi menang besar? aku sendiri tak duga. Paling PELIK, BA kalah teruk. Taktik makin kotor atau orang makin bodoh(or maybe pandai bagi sesetengah)? Anyway, bersengkang mata sampai awal pagi hari nie menunggu keputusan. Kecewa gak orang yg tak penah jenguk muka ke kawasan aku nie menang. Sapa dia tu agaknya, aku pon tak kenal. Risalah biodata dia pon tak sampai ke umah aku. Tapi dia menang. BA siap anto poster datang umah pon kalah. Terengganu bagaikan sirih pulang ke ganggang. Kelantan pun nyaris. Adakah kerana rakyat tertarik dengan janji billion ringgit bagi membangunkan negeri pantai timur? Dana pesakit kronik dikatakan ada 100 juta tapi sebenarnya hanya ada 2 juta. Kita tengok ajelah bila billion-billion tu akan sampai ke sana.

Smalam tengah2 tunggu keputusan tetiba blackout. Ingatkan area aku aje tapi Kudin pun kata area dia blackout. Aitt….dah le Selangor terkejut boleh undi sampai kol 7 (kalau aku tau, takyah aku terkejar tengahari tu. Dah le beratur panjang), tetiba blackout sejam. Macam2 boleh berlaku dalam masa sejam yg penuh kegelapan. Silap2, sembilan bulan dari sekarang bilangan penduduk dikawasan yang blackout pun boleh bertambah! Anything can happen.

Hari nie ada beberapa kerusi yang dikira semula. Barangkali by now keputusannya telah diketahui. Nanti aku update dengan keputusan terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *