Post ID: 114

Marilah Mengundi

Fuhh…makin sengit makin hangit. Kurang dari 24 jam kita semua yg layak akan keluar mengundi. Ada member aku adik dia umur 22 dah layak mengundi dan dah daftar tapi sanggup tak gi mengundi semata2 nak gi tengok Formula 1. Yalah, kalau dah berabis duit beli tiket sapa sanggup tinggalkan. Lain le SPR sanggup refund duit tiket F1 tu. Tapi, kalau kita tau apa erti undi kita tu…kita tentu akan sanggup bersusah payah beratur seawal pagi untuk mengundi dan kemudian cepat2 lari ke Sepang utk tengok Formula 1. Kalau dekat ngan KL le. Kalau dari nun diutara, selatan timur atau barat….kirim salam le kat SPR tu. Tapi pepatah ada kata, Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Sok aku akan gi ngundi kat Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat bagi DUN Hulu Klang, Parlimen Gombak. Seingat aku le, nie first time ada calon bebas yg membawa logo kepala rimau. Sapa dia nie aku pon tak kenal. Berani ek bertanding, tak risau ke hilang duit pertaruhan. Apa manifesto dia, aku pon tatau. Ntah2 nie taktik nak pecah undi tak??? Anyway, area sini Adil berentap ngan BN. Pilihanraya yg lepas Adil menang buat kali pertama setelah bertahun2 BN yg pegang. Kali nie Adil bukan lagi diwakili oleh Azmin tetapi seorang akauntan. Boleh ke dia menang? Kita tengok dan lihat. Mujur isnin nie aku cuti, bleh bersengkang mata tunggu keputusan. Kalau BN menang lagi, cuti umum le gamaknya.

VS VS

Ishhh….rasa syahdu plak nak ngundi besok. Bukan apa, semenjak 1992 baru nie le aku akan menjejakkan kaki kembali ke sekolah lama aku. Aisehhh..kenangan lama akan menjelma kembali. Ntah2 terserempak ngan member2 lama time skolah dulu.

Selamat Mengundi!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *