Post ID: 105

puisi yang diadaptasi daripada novel Kasihku Abadi.

pintaku padamu Tuhan
dikurniakan hati secekal Iwana
suami penyayang seperti Risyam
putera yang bijak seperti Rayyan
puteri yang patuh seperti Rania

Lalu
ku sujud padamu Ya Rahman
dijauhkan daripada
manusia keji seperti Haiqal
cintanya yang tidak pernah kekal
dugaan hebat kepada Risyam
hanya yang merasai akan faham
godaan syaitan kepada Wana
akibat perbuatan syirik manusia
penderitaan hebat seperti Kartini
gelombang hidup seperti Hadi

Apakah kita masih tidak bersyukur dengan pemberianNya?
ujian ditimpa, apakah balasan dosa didunia?
dan
apabila bermulanya kekeliruan
antara hati dan badan
tengoklah dengan mata
lihatlah dengan hati
renunglah dengan akal
dan fikirkanlah dengan iman
Insya’ Allah
yang tersurat akan terserlah
dan yang tersirat akan terbentang

sherrina,
25 Januari 2004, 3.45 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *