Gong Xi Fa Chai

Panjang sungguh cuti kali nie. Selasa nie baru kembali bertugas. Bagus juga. Banyak masa untuk siapkan assignment, project dan lakukan aktiviti2 yg dah lama ditinggalkan. Banyak juga bacaan yang perlu dilakukan, web design yang masih dalam pembikian serta nota-nota tutorial yang diminta oleh client-client.

Rabu lepas keadaan menjadi bertambah tenang. Lepas kerja aku ngan wana gi makan di Uptown. Sebetulnya aku tak tau jalan nak kesana tapi melihatkan keadaan lalu-lintas Kuala Lumpur yang sudah lengang dek kerana cuti panjang ramai warganya mengambil peluang keluar dari kota, aku cuba juga gamble ke arah Damansara Jaya. Pusing punya pusing akhirnya sampai juga. Mujur sampai awal kerana lepas kami beredar dari situ, parking pun penuh. Manusia makin ramai membanjiri ‘syurga makanan’ yang cukup popular di ibu kota. Aku dan wana menjamah makanan western. Sesekali seronok juga menjamu tekak dengan menu yang lain selain dari nasi. Lega hati aku dapat diluahkan segala masalah yang membelenggu fikiran semenjak beberapa hari yang lalu.

Khamis, hanya bersenang lenang dirumah. Malamnya ke restoran NZ temankan member jumpa someone yang nak tolong projek tesisnya. Seronok juga berbual dengan 2 orang pemuda tu. Usahawan IT bumiputera. Cukup senang berbual dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka. Tidak pula lokek ilmu malah sanggup berkongsi maklumat bisnes pula. Siap suggest satu projek komputer yang cukup menarik minat aku.

Hari ini di KLCC pula. selesai bertemu dengan seorang lagi kenalan, Kinokuniya tempat tuju sebelum pulang. Punyalah ramai umat di KLCC hari ni. Mujur gi awal. Tak terasa seperti di Malaysia sebab ramai pelancong Indonesia dan Myanmar berkumpul di KLCC. Kelihatan pengawal2 KLCC menunjukkan kuasa dengan menahan beberapa pemuda Myanmar yg berkumpul bersama rakan-rakan. Tak tau le apa kesalahan mereka. Kesian pula melihatnya. Selepas membeli sebuah lagi novel alaf 21, terus ke gerai roti terkenal, Roti Boy untuk membeli 2 roti sebelum pulang. Cuaca petang nie terik dan panas. Tak larat rasanya nak keluar ke mana-mana.

wahhh….sherrina dah addict plak ngan buku2 Alaf21. tapi bagi yg nak mencari cerita yg lari dari kisah cinta yg biasa, sherrina cadangkan Untukmu Permata Hatiku. Cover dia warna hitam tulisan tajuk warna silver. kisah nie adalah kisah benar yg terjadi pada dua pelakon malaysia yg suatu ketika dulu cukup terkenal iaitu Mior Hashim Manap dan Izzaidah Khairan.

kisah nie mula bagaimana diorang berdua bertemu dan bercinta. kemudian suka duka kehidupan lepas kahwin dan tugasan di lokasi. kemudian dikurniakan anak sehingga 7 orang tapi 3 daripadanya mengidap masalah lemah otot. Cukup menyayat hati. kisah ketabahan hati seorang bapa dan kecekalan hati seorang ibu membesarkan anak2 yg menghadapi masalah kesihatan disamping membesarkan anak2 lain yg memerlukan perhatian. Cukup best. Buat renungan bersama. Yg paling best, setiap pembelian RM 1 akan didermakan kepada keluarga itu untuk membantu perbelanjaan rawatan 3 anak mereka itu.

Sesekali lari daripada cerita-cerita cinta pun best juga. kalaulah ada banyak buku2 kisah kehidupan camnie, tentu seronok.

Currently Reading: Kasihku Abadi – terbitan Alaf 21
Currently Listening to:Memori Luka – Sons of Adam


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *