Post ID: 102

Boring

Seminggu tu tak tulis blog. Nie semua Streamyx punye pasal le. Down sejak 3 hari lepas. Nak kata modem kong, kelip2 aje. Dah report pada Tm Net suh datang check.

Two days ago gi amik Windows XP Pro original yg dibeli melalui forum ittutor. Harganya boleh tahan. cun abis CD tu, Hologram designnya gempak. Kalau hilang cd tu mau nangis tahap cipan. After that lepak KLCC ngan officemate. Memasing letih keje bagai nak rak sejak 2 minggu lepas. Lepak2 lepaskan tension. Kalau ikutkan aku dah boring dah gi KLCC. Coz two days before that dah gi KLCC collect prize from Sony. Pastu lepak Dome pekena mocha. Ceh, tak le sedap sangat minuman kat Dome tu. Kedai mamak lagi kaw-kaw.

Hari nie dah start sem 7 di Unitar. Kelam kabut gak register subjek sebab dah tukar course ke BIS (Bachelor in Information System). Sem nie amik 5 subject, kesemuanya 15 credit hours. Agak2 tak larat nanti tengah2 sem drop le.

Sementara nak tunggu kelas Data Structure, lepak lab jap layan forum.

Currently Reading: Reader’s Digest January issue

Currently listening to: Anuar Zain – Sesuci Cintamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *