Post ID: 100

petang tadi abis dah baca novel Cemburu Seorang Perempuan. Best bangat. Rasa terkesan dalam diri. Cuma tertanya2 adakah manusia semulia Dhiya’ di zaman ini? Malam tadi lepas hampir menghabiskan novel tu, timbul idea menulis puisi utk seorang teman. Tapi sebab ngantuk sgt, biarkan dulu. dan pagi tadi baru dapat coretkannya sebagai ingatan.

Untuk melihat nasibmu seperti Dhiya’
Telah ku tolakkan jauh-jauh
Tetapi
Separuh daripada sifat terpujinya
Telah kutemui pada dirimu

Lalu
Jika kau mencapai sepenuhnya
Maka akulah antara manusia
Yang akan berasa bangga
Yang turut menumpang gembira
Kerna pernah hadir dalam hidupmu
Walaupun hanya di muka pintu

Dan
Doaku sentiasa
Kepada Yang Maha Kuasa
Agar yang selayaknya sahaja
Dapat memiliki hatimu
Jika dan kiranya insan bertuah itu
Mensia-siakan peluang yang telah diberi
Nescaya dia
Adalah manusia yang rugi
Kerana tidak dapat menilai
Yang mana kaca yang mana permata
Kerna yang permata itu adalah
Dirimu jua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *