Post ID: 94

tatau nak taruk tajuk apa

hancur hatiku mengenang dikau…jadi keping-keping setelah kau pergi..

Macam nie le agaknya hancur hati aku bila dapat tau aku maybe takleh nak cuti awal tahun nie. Why?? why?? Why?? tak cukup ke segala cuti yg aku korbankan selama nie? tak cukup ke kerja keras aku sepanjang tahun? aku bukan robot, aku pon manusia biasa yg nak bercuti nak recharge balik bateri. Lagi hancur hatiku bila aku diberitahu kawan aku sepejabat yg aku nak bawak sama pon takleh cuti sebab dia dah bercuti lebih awal. Argghh….takkan aku nak gi sorang2. Bilik hotel dah booking, tinggal nak settle kereta aje. Tu perkara kecil. Semalam aku dapat sms dr bos aku yg tengah bercuti kat Cameron Highland. Huwaaa…….rasa nak nangis aje. Tak penah aku rasa camnie down. maybe sebab aku dah plan mende nie.

Bukan jauh pun aku nak pegi. Aku just nak duduk ditepi pantai, makan seafood lepak sambil melihat matahari terbit dan terbenam. susah sangat ke permintaan aku nie?????

Tak kiralah. apa nak jadi, jadi le. aku tetap nak pegi juga…….

Untuk melayan hati yang sedih semalam, aku layan untuk kali ke berapa ntah cd citer Ada Apa Dengan Cinta….citer feveret aku dikala hati gundah gulana….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *