Gangguan Emosi

penah tak korang mengalami gangguan emosi? Sebenarnya emosi nie satu elemen yg pelik. Sangat abstrak. Unpredictable. Tiada jadual yg khusus. Mungkin pada awal paginya korang datang ke opis dengan wajah yg ceria tapi by noon dah monyok. Biasanya mesti bersebab. Jarang2 sekali emosi kita berubah tanpa penjelasan yang konkrit.

Sama juga dengan hati. Hati yang merupakan organ yang membawa dua maksud. Satu iaitu organ dalaman manusia yang menghasilkan darah (ye ke? kalau salah betulkan ye. Bab Biologi nie memang lemah) dan satu lagi hati yang mewakili perasaan. Hati yang mewakili perasaan yang banyak dan sering diperkatakan berbanding hati sebagai organ dalaman yang cuma menjadi topik perbualan bila menyentuh isu kesihatan. Hati juga satu organ atau medium yang kompleks dan sukar dimengertikan. Kata orang, ikut hati mati…ikut rasa binasa. Ada juga orang kata bila sedih kita makan hati. Ada yang sampai makan hati berulam jantung. Parah. Kadang-kadang hati dan akal kita tak sealiran, tak synchronize. Itu yg menyebabkan kita menjadi celaru.



thanks to doc Leed yg telah membetulkan penggunaan frasa biologi

Kenapa aku membicarakan isu hati? sebab minggu nie aku declare Minggu Masalah Sedunia. Dalam satu minggu aku telah menyaksikan bagaimana satu rumahtangga bahagia hampir2 roboh akibat bermain dengan hati dan perasaan. Aku juga mendengar bagaimana satu hati tidak dapat menerima hati orang lain yang ingin memiliki hatinya. Aku juga menyelami perasaan seorang insan yang hatinya dilukai tapi dia tak mampu meninggalkan si dia. Hari semalam pula hati seorang kawan menjadi gundah kerana aweknya. Semuanya aku dengar dan lihat dalam tempoh seminggu. Dan selama seminggu juga aku terlupa untuk mendengar apa kata hatiku sendiri. Betapa besar peranan hati dan perasaan. Sekali ia terluka, parutnya akan kekal selamanya. Jika luka lama berdarah kembali, ia mengalir tiada henti. Fuhhh…bersastera pula aku diawal pagi yg hening ini. Lupakan soal hati.

Baru-baru nie aku berpeluang membeli sebuah buku lama. Penulis agung, Hamka yang menghasilkan karya hebat Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Penah mak aku bercerita mengenai buku ini tapi aku tak penah mengendahkannya sehingga baru2 nie aku terjumpa di kedai buku Minerva di Jalan TAR. Harganya RM 16. Ternyata pelaburanku tak sesia. Sesekali membaca buku yang begitu hebat karyanya, begitu puitis dan tinggi bahasanya….memang menyeronokkan. Sungguhpun akhir ceritanya cukup menyedihkan. Betapa hati yang terluka mampu membuatkan manusia menjadi gila. Betapa apabila hati membuat keputusan yang terburu-buru akhirnya mengundang bencana. Arrghhh….lagi-lagi hati. Kenapa orang tak bercerita mengenai peparu, ginjal mahupun usus? Kalaulah mereka boleh berkata-kata, tentu kecil hati mereka melihat nama hati menjadi sebutan ramai. Apa yg aku merapu nih????


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *