Post ID: 84

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kalau takde aral, sok beraya le kita. Raya di KL nie takde apa yg istimewa. Maybe bagi yg mempunyai kg, kene beraya di bandar memang sentimental. Tapi bagi aku, dah biasa. Dulu masa di Australia pun raya meriah juga walaupun bukan di tanahair sendiri. Cuma kali nie pada raya ke 2 kami sekeluarga akan ke Penang utk melawat sedara mara disana sambil bercuti. Good, I need a break.

Semalam lepas submit project report yg terakhir utk sem nie, I dashed to Jln TAR. wow….meriahnya. Singgah ke Pertama Kompleks beli hi8 tape. Raya nie nak bergambar sakan. Then, my friend and I went to Sogo. I bought a shirt yg aku dah aim semenjak raya yg lalu. Kali nie ada duit sket, beli le. Kemeja Snails. Then, the next destination….mana lagi. Tempat membeli tudung le. I bought 3 for myselves. Then nampak ada gerai2 jual jeans Levis. Siam mali. Nak beli ori tak mampu dan tak sanggup nak hulurkan ratus ringgit. Tapi teringin nak pakai Levis. So, angkat siam mali pun oklah. baru RM 20. Levis yg beli kat Kota Bharu dulu dah koyak. Mujur aku jenis tak memilih sgt bila bab pakaian. Jeans paling mahal aku penah beli pun Pall Mall, RM45 paling murah pula sure korang tak caya. RM 7. Yupp…RM 7. Bukan jeans curi aaaa..tapi baru. Ada satu kedai sukan kat Mid Valley buat stock clearance dan yg tinggal cuma size aku aje. apalagi…sambar beb!

Alamak, kene gi umah pakcik daa. Pakcik aku dah panggil suh masak ketupat. Teringat dulu kat kampung masak ketupat ngan rendang kat luar umah. Siap pasang khemah lagi. Kene tunggu 2 tahun lagi le baru bleh beraya di kampung. Sementara tunggu tanah ditambak kukuh dan umah baru dibina, beraya le di umah sendiri. Hmmm…mana nak gi sok raya pertama? Last year aku ngan cousin2 aku merayau di KLCC. Raya sebelumnya di Petaling Street. Apa yg best raya di KL ialah pada raya pertama shopping complex akan sale gegila. Lagipun memang raya pertama nie lepas sembahyang raya lepak di umah aje. Malam nanti baru ke umah makcik.

To all bloggers, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *