Post ID: 60

Pelik tapi benar (mungkin tak pelik)

I only went down for dinner at 11pm. Lewat, tapi sebenarnya tak lapar sangat. Sambil tgk tv yg membosankan itu, sembang2 ngan mak. Ntah camne terbukak topik kisah anak kawan dia yg sedang blaja di UPM mengadu yg dia masih taked boyfriend. Dia tanya pada maknye, adakah dia tak lawa sampai takde lelaki yg nak? Thank God I already swallowed half of the fried chicken. Kalau tak, mungkin aku tercekik. Entah brape desibel bunyi gelak yg berjaya aku hasilkan. Kelakar. Memang kelakar. Tapi sedih juga. Sebab kawan2 budak tu mempersoalkan kenapa budak tu tak lawa sedangkan ayah dia hensem. Aikk….ada QC kecantikkan diri pula. Rupanya senario ini bukan baru di IPT. In fact bukan baru di mana-mana institusi pendidikan.

Kata cousin aku, di UPSI sapa buat jualan barangan kecantikkan memang boleh buat duit. Sebab ada pelajar yg sanggup ikat perut utk spend duit mencantikkan diri. Yalah, ratio pelajar lelaki dan wanita di sana jauh. So, siapa cepat dia dapat. Dan ini membuatkan aku terpikir, apa sebenarnya fungsi atau matlamat utama kita masuk universiti? Tapi jgn terkejut. Aku ada kawan yg mengaku, tujuan utama dia masuk U sebab nak cari boyfriend yg berpelajaran tinggi. Yalah, di U le berkumpulnya bakal2 engineer, bakal2 system analyst, accountant dll. Tapi aku juga heran kenapa dia end up dapat boyfriend yg bukan terdiri daripada bakal2 itu.

Jadi, pada yg baru nak masuk ke universiti tu, pikirlah balik apa matlamat anda ke sana. Maybe kita patut usulkan supaya Universiti Mencari Jodoh diwujudkan ataupun program mencari jodoh dilaksanakan sebagai salah satu ko kurikulum di universiti. Well, laman web mencari jodoh pun dah ada. Antaranya yg popular ialah My Jodoh Dot Net

Tentu sesetengah lelaki gelak besar kerana mereka kini jadi bahan rebutan. Mungkin suatu hari nanti akan ada yg sanggup bid paling tinggi utk dapatkan lelaki yg mereka idamkan? Mungkin lelong.com.my boleh membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *