Post ID: 52

Apakah pandangan atau perception orang ramai terutama warga Malaysia kalau melihat ibubapa melayu yang speaking dengan anak-anak mereka di public?

Sebabnya…..kami selalu practice seperti ini walau dimana kami pergi walau dirumah, ada yang nampak macam takda apa saja & ada yang pandang serong macam tak suka atau macam kami ni berlagak saja pada pandangan dorang.

Apa pandangan warga cari?

Jukebox, Forum Cari.com.my

sherrina sendiri berpendapat bagus jika kita boleh didik anak2 dengan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa sejak kecil especially english supaya mereka tidak kekok apabila mereka besar nanti. walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan persekitaran.

sejak kecil memang ayah sherrina biasakan sherrina dengan buku samada bahasa inggeris mahupun bahasa melayu. I read a lot. bila sherrina masuk skolah rendah, sherrina diwajibkan membaca satu karangan BI sekurang2nya sekali satu minggu ketika di rumah, dan bila sherrina berumur 9 tahun sherrina mesti duduk depan ayah dan create a short spontaneous story in english. topiknya, apa saja. asalkan in english. sambil tu ayah sherrina akan tambah new vocabs dan betulkan grammar yg salah. Di sekolah, subjek english language was not a problem at all. dalam masa yg sama, sherrina minat membaca buku BM dan membuat karangan BM tidak menjadi masalah kerana apabila kita banyak membaca, kita akan mempunyai banyak idea.

Bila darjah 5, kami sekeluarga ke australia sebab ayah belajar disana. di sana le baru kami diuji samada kami benar2 boleh converse in english atau tidak. mulanya sherrina nakdimasukkan ke local school tapi takut takleh nak mix up dgn local students, ayah sherrina hantar sherrina ngan adik ke skolah antarabangsa. english rojak memang berleluasa tapi nasib baik foundation in english dah mula dibina sejak kecil, so masalah komunikasi dan pelajaran tu tak begitu teruk. sherrina juga menjadi pelajar terbaik disana sebab hasilkan satu research essay mengenai kucing dan sejarah kucing dalam bahasa inggeris dalam usia 11 tahun.

bila balik malaysia, sherrina terpaksa hadapi dgn situasi dimana kawan2 akan ejek kita tatau BM lagi sebab dah dok oversea. walhal semasa disana, mak sherrina sentiasa cakap dalam BM sebab taknak jadi macam anak2 malaysian yg dok disana sampai tak reti langsung cakap BM. lagipun sherrina hanya ada setahun lagi utk preparation for upsr. memula tension gak tapi lama2 org yg ejek tu akan cari kita balik ketika ada masalah homework subjek english. di skolah pun sherrina hanya communicate in english dengan guru BI.

semasa di skolah menengah, sherrina masuk ke sebuah girl school. disini komunikasi dalam BI takde masalah sebab kebanyakkan guru dan pelajar boleh dan digalakkan berkomunikasi dlm BI. cuma lepas form 3 sherrina masuk asrama penuh, time nie teruk sket sebab takde sapa yg sherrina boleh sembang dlm BI. yg ada cuma cikgu aje le. so, end up sherrina terpaksa cakap sorang2 dlm hati dan juga gunakan diary utk memastikan skill BI tu tak hilang.

skarang bila dah keje, sherrina memang converse almost 80% in english di pejabat. student disini pun kebanyakkan memang boleh bertutur dlm BI. tidak timbul soal berlagak bila melihat org lain berbahasa inggeris. cuma sherrina terkilan sebab ada ibu bapa yg terlalu taksub dgn english sampai tidak mengaku lagi menggunakan BM ketika berbual. dalam rumahnya, BM telah dimansuhkan. hasilnya, anak2nya tidaklah begitu pandai dalam BI (tataulah kenapa dia kata anak2 dia excellent in english communication) dan dlm masa yg sama BM pun hancus. rugi dua perkara. dan ini bukan satu perkara yg boleh diambil mudah sahaja atau boleh diabaikan. tentu kita taknak generasi akan datang terlalu mengagungkan bahasa asing sampai bahasa ibunda sendiripun dipijak-pijak.

kalau kita lihat senario hari ini, kebanyakkan pelajar bukan melayu menguasai BM dengan lebih baik (dalam peperiksaan) berbanding org melayu sendiri dan dlm masa yg sama BI juga merupakan kelebihan bagi mereka. org melayu masih ramai yg tertinggal dalam penguasaan BI baik di sekolah mahupun di universiti. Ini menunjukkan kalau kita bersungguh, kita mampu melakukannya. Persekitaran suasana juga memainkan peranan penting dan juga sokongan keluarga. Gunakannya mengikut keadaan dan tempat yg sesuai. dan jaga sesekali buang jauh2 bahasa ibunda kita…..sekadar pengalaman utk dikongsi bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *