Post ID: 50

This is my posting on unemployed graduates which I posted in cari.com.my’s forum. I paste it here to share it with all of you.

sherrina nak kongsi sket le pengalaman sherrina. lepas abis prac, company tu offer sherrina ngan my bestfriend keje disitu tapi kitorang taknak. kalau ikutkan best sebab it’s a semi-govt company so segala kemudahan kakitangan govt dapat, kita pun akan dpt. tapi in terms of working environment disana, sherrina tak brape suka. masa makan dan bual kosong lebih byk dr masa keje. 6 bulan disitu pun rasa cam dah beku otak sebab terikut2 cara org sana. tak ramai yg rajin nak blaja sesuatu yg baru dan takde skill survival disitu. semuanya disuap, vendor buatkan dll lagi. Kalau ikutkan duit dan selesa, memang le selesa. tapi kalau long term, tak best sebab end up jadi cam diorang. taknak le. tak berkembang.

so lepas prac sherrina cari keje. suratkabo dan jobstreet dah berpuluh kali sherrina cuba. lepas 3 minggu sherrina ngan member decide nak cuba door to door. malu memang malu tapi bukannya kita mencuri. so dgn membawa resume dan sijil2, kitorang ketuk le satu demi satu pintu sykt tanya keje kosong. susah memang susah. jalan kaki dalam keadaan panas pastu tgk muka2 org yg ingat kita nie jurujual. kekadang kene maki kene caci. sambil tu sabtu ahad sherrina keje kat recycle centre. asingkan sampah recycle. macam alam flora tapi suasanya elok sket. cuma keje dlm kawasan parking lot and customer yg dtg pandang kita cam sampah. rasa nak gantung aje frame diploma kat situ. tapi sabar. then blaja buat akaun. gaji tak byk, rm 5 satu jam tapi cukup le nak makan pakai.

dalam ketuk2 pintu tanya keje sampai le kat satu kompeni A. dia interview on the spot. then dia kata dia akan bagitau. lepas tu kami ke satu kompeni lain, B utk interview. dan ptg tu juga kompeni B call sherrina bagitau melalui phone yg sherrina diterima. soknya terus start keje. gaji? rm500. Alhamdulillah……takde pengalaman keje le katakan.sherrina keje ajar komputer kat satu skolah. sebulan lepas tu, kompeni A interview sherrina tu call nak offer keje. terpaksa sherrina tolak sbb dah terima tawaran lebih awal. sambil keje di skolah, sherrina still keje di recycle centre sabtu dan ahad. isnin-jumaat sebelah pagi pula keje menaip buku yg sedang ditulis oleh seorang bekas duta. upahnya, rm 5 satu jam. malam pula sherrina ajar tusyen di rumah sorang budak. dapat rm 30 satu minggu utk 3 jam mengajar.

dalam pertengahan tahun, kompeni A call semula mintak sherrina keje gak ngan diorang sebagai part time sebab dah tak cukup staff. Masa tu member2 sherrina kata sherrina gila keje. yalah, isnin-jumaat belah pagi keje menaip. tengahari sampai petang plak mengajar kat skolah under kompeni B. malam plak ajar tusyen kat umah org. jumaat malam gi ajar kat kompeni A. sabtu ngan ahad pagi pun ngajar kompeni A and sabtu-ahad, tengahari sampai petang keje kat recycle centre. memang workaholic abis.

awal 2002 sherrina stop semua keje sebab nak sambung degree. sherrina cuma maintain 2 keje aje iaitu mengajar di kompeni A dan ajar tusyen. sabtu ahad pi blaja kat kampus. la nie bila tgk balik resume, cantik le tang experience tu. macam2 experience ada. baru sherrina paham kenapa org tua2 dok pesan lepas blaja toksah pilih2 keje. amik aje apa yg ada. bila experience dah byk baru syok nak pilih keje sebab kompeni dok kejar kita. Insya’ Allah kalau takde apa halangan tokey kompeni A dah usul supaya sherrina beli kompeni tu dgn harga yg berpatutan sebab selama nie sherrina pun keje kat situ cam kompeni sendiri. tokey tu pun dah ada bisnes lain yg dia perlu jaga. Harap2 tercapai le hasrat sherrina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *