Post ID: 47

Marah dan Amarah

Apa itu marah (anger)?

KataCharles Spielberger, seorang pakar psikologi yg mengkaji mengenai anger berkata ‘Marah adalah satu emosi yg mempunyai tahap diantara marah tahap rendah sehingga tahap tinggi dan ganas. Seperti perasaan dan emosi yg lain, ianya berkaitan dgn perubahan psikologi dan biologi iaitu bila anda marah, degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat begitu juga dengan tahap hormon tenaga, adrenalin dan noradrenalin.

Marah boleh disebabkan oleh kejadian-kejadian luaran dan dalaman. Anda mungkin marah pada seseorang atau marah pada kejadian (kesesakan jalanraya) atau anda mungkin marah kerana risau mengenai masalah peribadi. Kenangan trauma atau kejadian2 yg pernah berlaku dimasa lalu juga boleh mencetuskan rasa marah.

Controlling Anger

Semalam adalah kali kedua aku menjadi begitu marah. Kali pertamanya adalah pada tahun 1999 ketika aku dan kawan2 mula berpindah ke rumah sewa. Kesnya kecil saja. Aku suruh mereka tunggukan kontraktor memasang grill dan bila aku sampai di rumah tiada siapa yg menunggu. Aku terpaksa tunggu sehingga mereka habis kerja. Dalam 10 org ahli rumah tu, memang aku marah pada semua sebab tak bertanggungjawab tetapi aku paling dan teramat marah pada bestfriend aku sebab dia adalah org yg aku paling percayai dan dia juga yg telah mengabaikannya. Itulah kali pertama aku berasa benar2 marah.

Dan semalam ia berulang lagi. Kali nie pula apabila aku mengetahui manager aku gi attend satu majlis tanpa memaklumkan pd aku yg dia bawa skali admin staff. Sehinggalah aku tahu bila telefon berbunyi lama tanpa sapa pun menyambutnya. Aku suruh sorang staff gi angkat dan rupanya org tu mencari admin staff. Dlm keadaan begitu, aku mula menjadi marah. Pertama, kerana aku tak tahu menahu yg dia dah meninggalkan opis. Kedua, kerana aku tak tahu kemana dia pergi dan ketiga kerana lampu dan aircond bilik terpasang tanpa penghuni. 3 sebab yg simple and yet it makes me angry. Org yg aku percaya dan pertanggungjawabkan melalaikan tugasnya. Mujur bukan big boss yg cari tapi ex-manager. Yg paling aku hangin ialah aku terpaksa bagitau yg staff tu keluar sekejap dan tanpa aku tahu rupanya ex-manager tu tgh lepakkat bawah opis menunggu staff tu balik sebab nak jumpa sgt. Terpaksa aku explain yg aku baru tau dia ikut manager.

Lepas lunch manager sms aku suh join diorang kat sana. Aku balas balik dgn suruh diorang balik opis sebab aku tgh hangin ngan diorang. Dia tanya kenapa dan aku x balas sms itu. Disebabkan perasaan marah mempengaruhi psikologi dan biologi, aku terpaksa mencari aktiviti utk mensibukkan diri. Habis technician room aku kemas. Segala mouse and keyboard semua aku simpan dlm satu tempat yg mana selama ini bersepah begitu aje. Segala kabel aku ikat elok2 dan simpan. Faulty hardware aku kumpul dlm satu kotak. Sehinggakan bidai tingkap opis lama yg terbiar berbulan2 dibawah meja aku ikat kemas2 dan simpan dlm pantry room.

Bila diorang balik aje dan mendengar suara manager aku tanya apa masalah, level kemarahan aku naik kembali. Aku tak sangka aku akan jadi begitu marah sehingga mengigil tangan2 aku ketika buat kerja. Dia tanya lagi dan aku hanya mampu kata ‘korang pegilah lunch dulu. Kang aku citer’. Dia paksa2 lagi, dan aku insist suruh diorang gi makan. Aku bercakap pun dgn membelakangi dia sambil sibuk mengemas monitor2 lama. Aku tak sanggup nak cakap berdepan, takut sesuatu yg tak diingini berlaku. Lepas lunch, aku pass kelas yg sepatutnya aku ajar pada part time teacher dan aku tidur dalam bilik. Aku cuba nak tidur tapi tak boleh. Terkebil2 aku dengan jaket menyelubungi kepala. I wish I can just switch off my brain for a while. Utk rehatkan otak, aku cuba fikirkan benda2 yg menggembirakan.

Pukul 4.30 tetiba aku dengar anak manager aku menangis. Irfan, anak manager yg paling rapat dgn aku. Sampaikan menangis kalau tak dapat naik kete aku. Aku memula buat tak layan tapi bila dengarkan dia menangis tanpa henti2, aku bangun. Takut kalau sawannya datang lagi. Biasanya Irfan tak layan org lain ketika nangis tapi smalam dia terus nak dukung dan menangis terhinggut-hinggut diatas bahu aku. Aku pujuk dia dan tunjukkan gambar ayam Din Beramboi yg terpapar di cover majalah Ujang. Baru dia berenti menangis. Peliknya, secara tiba2 kemarahan aku pun reda. Aku dah boleh bergelak ketawa dgn Irfan dan kemudian aku join manager ngan admin staff lepak2 sambil aku bacakan koleksi jokes yg aku simpan dalam laptop. Seolah2 tiada apa yg berlaku hari ini.

Pukul 6, aku ngan admin staff tu pegi ke Titiwangsa utk jogging. Ketika dlm perjalanan le lepas warm up borak selama 15 minit baru dia tanya apsal ngan aku hari nie. Mula2 aku taknak citer. Sebabnya, entahlah. Tapi last2 aku citer gak. One thing kenapa aku suka citer ngan dia ialah sebab dia akan dengar segala luahan aku sblm memberikan pendapat. dia pun terkejut bila aku kata aku marah sampai menggigil. sebab dia tau aku kalau marah pon dlm opis, marah2 biasa aje. Memang luar biasa melihat aku hari ini. Aku pun sendiri naik heran. It was out of control. Dan aku agak gembira juga bila dia kata aku berjaya menahan marah yg amat sgt tanpa berlaku apa2 yg tak elok. Siap joking lagi bagus kalau aku marah slalu, tentu opis sentiasa kemas dan bersih. caittt!! Nasib baik aku tak pi ketuk opis sebelah tanya ada apa2 tak nak dikemas just to reduce my anger. hahahahaha……

Lepas maghrib kitorang ke Kg Baru utk dinner sampai kol 10. Bila aku sampai umah dan lepas mandi, baru aku rasa tenang sket dan seolah2 takde apa yg berlaku hari nie. Member aku tu nak citer ngan manager aku what actually happen tapi aku tak bagi pada mulanya. Aku taknak manager aku gelakkan aku. dia tu pantang ada modal nak kutuk aku. But then aku benarkan sebab aku nak gak tau apa reaksi manager aku. Muahahahahaha…….6 September 2003, tarikh yg aku takkan lupa. Agaknya bila lagi aku akan merasa tahap kemarahan spt itu? Harap2 tak berulang lagi le sebab ianya meletihkan dan tak membawa apa2 keuntungan pun…….what a life!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *