Post ID: 36

At last…

perghhh…..apabila kesabaran dah mencapai tahap maksima, baru dapat menikmati kebebasan melayari dunia siber tanpa perlu risau mengenai bil. Puas aku menelek dan mengodek modem nie tetiba dapat plak. Yahooo……cumanya, aku perlu pegang modem tu setiap kali nak dialing. Tak tau le apsal. Agaknya modem cuma nak bekerja bila mendapat kasih sayang dari tuannya agaknya. :p

Exam dah selesai. Gembira juga sebab dapat menjawab soalan dengan lebih baik compare to exam2 sebelumnya walaupun study tu kira cincai aje. Kelebihannya ialah kali nie aku buat semua assignment sorang2. So, aku terpaksa le study dan pahamkan. Lega. Cuma lepas exam bukan bermakna rehat sepenuhnya sebab aku terpaksa amik alih tugas manager aku yg bercuti selama 10 hari. Jumaat lepas rasa cam nak mati. Terkejar ke sana kemari. Sabtu pula ada PC Fair. Sebelum ke PC Fair, singgah di optometrist kejap tempah cermin mata. Saja nak buat spare utk contact lens. Saja pilih yg half rim sebab kalau rimless, takut pecah. Aku nie agak careless. Masa buat eye test doktor kata power mata dah bertambah bagus. Tak perlu pakai contact lens lagi tapi still perlu cermin mata utk fokus. Yahoo….bolehlah aku lupakan niat nak tempah snorkling mask yg ada power. Cumanya doktor kata mata kiri aku masih tak dapek dibaiki. Dah terlalu teruk. yalah, mata kiri 400 kanan 75. Gila jauh beza. Inilah akibat suka baca buku sambil baring. Kalau le ada fesyen mata sebelah kira stylo, agaknya aku buang aje mata kiri tu dan biarkan soketnya kosong. Tapi karang org lari plak bila nengok. Naya aje…..:D

Kat PC Fair. Pehh..ramai umat takleh cakap. Terserempak ngan Ayie, member lama di UTM wat part time streamyx. Pastu aku ngan member round le carik printer paling murah. Apalagi, Canon 200spx le. paling murah pon rm 160. Pastu pi trade in old toner. Ingatkan dapat le koman2 RM50. Sekali yg dapat cuma RM5. Cehh..buang karan. dah beli mahal gila. Last, beli aje compatible toner. itupon RM160. kalau ori dua ratus lebih. Kemudian, beli plak webcam. Paling murah pon 95. sekali ada kedai nak kasik 85 tapi OEM. kotak ampeh takde cd. Jadiklah, kang aku exchange le ngan kotak kat opis utk souvenier student. Yg tak bestnya masa beli printer baru perasan kedai tu jual webcam yg sama tapi full set dgn harga 90. Arghhhh……

Sebelum memberambuskan diri dari situ, singgah di kedai compatible catridges. Imprint le mana lagi. Yg itu aje murah, yg lain mahal. Lagipun memang setiap kali PC Fair kitorang akan memborong kat Imprint. staff diorang pon dah kenal muka kitorang. Tu yg leh dapat special price. Lebur rm 200 kat catridges saja. dapat le 20 set of black and colour. Pehh..sampai tahun depan pon tahan nie. At least sampai PC Fair November le….

Tak perasan dah kol 8.30. Perut dah lapo. Mana nak gi nie? Last2 pi Medan Selera Taman Melawati. Aisehh…ada karaoke le malam nie kat stage tgh. Org kata dulu Siti Sarah slalu nyanyi kat situ masa sblm jadik artis. Entah ye ke tidak. Makan dan sembang sampai tak ingat dunia, tup..tup…dah kol 11. Gerak dulu le, badan dah letih. Sampai umah online sampai kol 2 baru tido. Dah lama tak buat aktiviti camnie. Asik sibuk memanjang. Hari nie plak sempat pulak cuci kete. Dah macam kete rally. comot sana sini. Saja try polish tapi tak cantik aaa….skill tak kene. Esok, apa plan ek? Hmm…tgk wayang ngan ronda di Petaling Street. Harap2 mamat cina yg jual jam Tag Heuer kat aku aritu ada sok. Bleh mintak kurang…..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *