Post ID: 34

Sejenak di SKUE

Sabtu dan Ahad yg lalu benar2 meletihkan. Sabtu pagi, baru nak ke pejabat tetiba terpancul 2 mamat streamyx. Oh ye, pasal configuration modem. Terpaksa layan diorang sat. Lepas depa godek2 laptop, baru dapat login ke streamyx. Yesss….akhirnyaaaaa….10.30am bergegas ke pejabat. Meeting dah mula tapi mujur antara bos ngan account admin dulu. Aku ngan manager tercongok diluar. 11am kami dipanggil masuk. Selesai urusan pejabat, kami berbincang mengenai plan yg terdekat. Meeting abis kol 12.30. Kami bergegas menyiapkan peralatan yg diperlukan utk demo di SKUE (Sek. Keb. Usaha Ehsan, area Batu Caves) esok. 2pm aku ke Unitar, menyiapkan assignment data comm hingga jam 6 petang sebelum bergerak pulang ke rumah.

Ahad pagi, seawal mungkin aku bersiap. Tapi tiba lewat juga di lokasi. Bila siap dah punggah barang ke classroom yg dikhaskan, baru perasan bekalan letrik takde. Puas petugas2 sekolah mengodek. Akhirnya ok. Hari itu ramai juga yg hadir sempena Hari Kantin. Aku memasang dua biji laptop disambung dengan sebiji webcam. 2 pc lain pula utk demo silibus. Kami menerima sambutan yg hangat. Lebih2 lagi dr ibu bapa yg dah tak sabar dengan sekolah yg cuma 30 mt dari KLCC itu yg hingga kini masih takde kelab komputer, apatah lagi makmal. Isu makmal roboh sedikit sebanyak membantu kami.

Tersengih2 aku melihat gelagat student2 dihadapan webcam. Ramai yg takjub melihat pergerakkan mereka di skrim laptop. Ada pula yg bertanya apa menatang ini (sambil menunding ke laptop). Kesian, mereka hanya tahu komputer dan games. Itu sahaja. Betapa ceteknya pengetahuan mereka. Comot skrin laptop aku dibuatnya….(mujur tak jadi apa2 kecederaan pada laptop). Ini adalah sebahagian dr gelagat mereka pada hari tersebut….

http://www.snapfish.com/thumbnailshare/AlbumID=7902991/t_=6214308

p/s: Yippee….I’ve lost 6kg after 2 weeks. Fuhh….luckily I managed to reach the target (even though I must admit I curi2 ate fried mee last Sunday and drank 2 glasses of ice tea and a mug of teh tarik :p )or else the doctor will asked me how come I can’t reach the target. Fuhh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *